We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Tuesday, May 29, 2012

MPPB 12/13 Episod 2

Untuk episod kali ini, kami akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ahad yang lepas,hari isnin yang juga merupakan hari pertama MPPB 12/13 berlangsung.

AHAD, 27 MEI 2012
Pada waktu pagi, aktiviti riadah telah berjalan seperti biasa dan untuk kali ini pula, permainan bola beracun telah diadakan. Kemudian para fasilitator menjalani kursus terakhir sebelum tibanya hari kejadian iaitu taklimat komunikasi berkesan. Selepas itu, semua jawatankuasa melakukan test run dan persiapan yang terakhir sebelum menghadapi  hari yang dinanti-nanti iaitu MPPB 12/13. Pada malam itu pula, tuan haji pengarah menyampaikan amanat terakhir kepada para fasilitator ini sebelum memulakan tugas masing-masing pada MPPB nanti.





ayuh kita bersenam!

permainan bola beracun pun bermula!

acara penyampaian tag nama untuk fasilitator. macam iklan nak promosi ubat gigi pula.

ucapan daripada ketua fasilitator.

amanat terakhir daripada tuan haji pengarah kepada para fasilitator.

refreshment daripada fasi-fasi senior untuk beri semangat pada  fasi-fasi junior
sebelum memulakan tugas penting pada hari besok.

ISNIN, 28 MEI 2012
Bermulalah hari pertama MPPB 12/13. Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar baru yang bermula pada pukul 8.00 pagi hingga 5.30 petang. Sementara pelajar-pelajar ini menguruskan pendaftaran mereka, ibu bapa mereka pula dikehendaki untuk mendengar taklimat waris di dewan minangkabau(DSG) yang disampaikan oleh pengarah KMNS, Tn.Hj Darman bin Othman pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pula taklimat waris disampaikan oleh En. Saad bin S.A Abbas. Jumlah terkini pelajar-pelajar baru untuk batch kali ini adalah sebanyak 2283 orang pelajar. Pada sebelah petangnya pula, para pelajar telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat minggu suaikenal pelajar baru(MPSB) yang telah disampaikan oleh En. Saad bin S.A Abbas. Pada malamnya pula telah diadakan aktiviti pertama untuk para pelajar ini iaitu interaksi 1,intan terpilih bersama pengetua kolej kediaman mereka, yang juga merupakan penutup program bagi hari pertama MPPB 12/13 ini.

tidak putus-putus kereta yang memasuki KMNS pada hari pertama.

fasi-fasi yang bertugas sebagai polis trafik semasa hari kejadian. 

salah seorang polis trafik kita,sempat lagi dia bergaya.

para pelajar menunggu giliran masing-masing untuk mendaftar.

di bahagian kaunter semakan yang pertama.

selesai semakan peringkat  pertama, para pelajar meneruskan
sesi pendaftaran mereka untuk peringkat yang seterusnya.

kaunter semakan yang kedua.

kaunter peralatan. bertuah adik-adik ini, cantik kan baju mereka untuk sesi kali ini?

salah seorang fasi yang bertugas yang juga bekas JPP sesi 11/12.
ibu bapa dilarang masuk katanya.

sedih pakcik ini tidak dibenarkan masuk. sabar ya pakcik.

antara gerai jualan yang dibuka.
sambil menunggu, ibu bapa dapat juga menjamu selera dahulu.


rancak pakcik-pakcik ini berbual. cakap pasal apalah agaknya ya?

jualan pelekat kenderaan pelawat. senyum cikgu jangan tak senyum.

van yang mengangkut barang-barang para pelajar kluster B dan C.
bertungkus lumus fasi-fasi menjalankan tugas mereka.

selamat sampai, barang-barang tersebut.

peringkat seterusnya, pendaftaran asrama di blok masing-masing.

ibu bapa yang masih menunggu anak-anak mereka selesai melakukan pendaftaran.

taklimat MPSB untuk pelajar-pelajar baru.
bersungguh-sungguh mereka mendengar.

taklimat bersama pengetua kolej kediaman.





Sekian untuk episod kali ini. ingin tahu lagi kisah seterusnya? teruskan setia bersama kami di blog alumni  KMNS. ^_^ 

#credits to : Yufi Amran, Fatira Kudus, Unit Arkib KMNS (En. Rizal, En. Amir, En. Syed) dan Pink Xperia.




     "never get tired of doing little things for others, sometimes, those little things occupy the biggest part of their heart"

Saturday, May 26, 2012

MPPB 12/13 Episod 1

Minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) sesi 2012/2013 pada kali ini berlangsung pada 28 mei 2012,isnin sehingga 1jun 2012,jumaat. Namun begitu, para fasilitator sudah tiba di sini pada 24 mei 2012, khamis bagi menjalani kursus-kursus awal sebelum bertugas sebagai fasilitator pada hari isnin ini. Jumlah keseluruhan fasilitator untuk MPPB kali ini adalah sebanyak 120 orang. Pada episod kali ini kami akan memaklumkan apa yang berlaku sepanjang 3 hari mereka berkampung di sini.

KHAMIS, 24 MEI 2012

Sesi pendaftaran para fasilitator bermula pada pukul 9.00 pagi diikuti dengan ice breaking pada tengah hari. Pada petang pula mereka dikehendaki memasak untuk makan malam. berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti itu dijalankan.

Muka terkejut Kak Fesi kita kena angkat kawah.

Terjun tudung dalam periuk jadi tudung periuk pulak nanti.

Bekas JPP kita pun kena sental periuk juga.

Sesi makan berjemaah.
Selepas itu,diteruskan  lagi dengan dengan taklimat yang disampaikan oleh timbalan pengarah KMNS, En. Saad bin S.A. Abbas. Taklimat ini merupakan penutup program untuk hari khamis ini.

JUMAAT, 25 MEI 2012
Pada hari jumaat pula, program untuk fasilitator dimulakan dengan aktiviti riadah kemudian disusuli dengan perhimpunan pagi. Seterusnya, perlantikan jawatankuasa untuk majlis tertinggi dan setiap biro telah dilakukan dan bermulalah persiapan untuk biro masing-masing.

Semasa perhimpunan pagi (nyanyian lagu negaraku)
SABTU, 26 MEI 2012
Pada hari sabtu pula dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti untuk para fasilitator yang dikendalikan oleh fasilitator senior dan selepas itu pula taklimat pertolongan cemas dan taklimat kecederaan sukan disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Ceria wajah-wajah mereka.

Sesi mendengar taklimat.


Apa lagi agaknya bakal-bakal fasilitator kita akan lakukan? Nantikan episod MPPB yang seterusnya ...

Tuesday, May 15, 2012

We are rolling the ball!


Pada hari sabtu bersamaan 14 April 2012, PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan pertandingan bowling sambil menderma "ROLL THE BALL". Aktiviti ini telah diadakan di ARL POWER BALL ALAMANDA, PUTRAJAYA. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. 

Selain pertandingan bowling, kaunter pendaftaran alumni juga turut dibuka di sana. Disamping itu pelancaran tabung kebajikan alumni juga telah berjaya dilaksanakan. Hadiah lumayan dan cabutan bertuah juga disertakan pada para pemenang dan peserta yang hadir. 

Berikut disertakan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu hari kejadian.

pertandingan pun bermula.
masing-masing menunjukkan bakat yang mereka ada.
pertandingan telah tamat.
tahniah diucapkan kepada para pemenang.
sesi bergambar untuk upacara penutup.
tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta!

p/s: gambar-gambar lain boleh dilihat di group FB PAKMNS

Sekian sahaja untuk post kali ini. insyaAllah, akan ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan pihak kami anjurkan selepas ini. Diharap anda semua terus-terusan menyokong dan hadir semasa aktiviti itu dianjurkan nanti. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita semua dan kenangan yang sama kita kongsikan iaitu menuntut ilmu di KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN ini berkekalan sehingga akhir hayat dan hingga ke Jannah kelak,insyaAllah. Semoga bertemu lagi di post yang seterusnya! ^_^

Pictures credits to: Fadzli Khamis & Eira Zuraini ;)