Diucapkan selamat datang kepada adik-adik baharu ke Program Matrikulasi yang akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan juga selamat bertugas kepada para fasilitator terpilih semasa minggu pengurusan nanti. Jalankan tanggungjawab anda dengan penuh amanah dan dedikasi dan membawa bersama nama baik Persatuan Alumni KMNS.
Dan untuk makluman semua juga, semalam Sabtu 8 Mei 2010 adalah Hari Pendaftaran Program Satu Tahun bagi 150 pelajar lepasan Program Dua Tahun sesi 09/10. Berikut merupakan sedikit imbasan semasa hari terbabit. Sekian