We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Thursday, December 17, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Nabil-Ainul...KMNS 05/06

Salam buat semua warga Alumni KMNS. Baru-baru ni, salah seorang daripada warga KMNS iaitu Ahmad NAbil Md Nasir telahpun selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan beliau iaitu Ainul Basirah Mohamad Sani. Majlisnya pula telah diadakan di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Rangkuman gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar tak bertauliah menghiasi entry kali ini...

Senyuman mempelai buat warga KMNS

Renungan kebahagiaan

Makan time..

Suasana Majlis...

Ketibaan kedua mempelai...

Ketibaan mempelai...zoom sikit...

Apa-apa pun, kami admin blog Alumni KMNS ni, mewakili seluruh warga KMNS mendoakan semoga Nabil dan Ainul kekal sehingga ke akhir hayat...dan dikurniakan anak2 yang soleh dan solehah...TAHNIAH NABIL+ AINUL...

p/s : siapa lagi alumni kmns yang akan berkahwin dalam masa terdekat ni...???
: Nabil merupakan fasi semasa minggu pengurusan pelajar. Unit Keselamatan...ingat lagi tak?

Written By : Afiq

Tuesday, November 17, 2009

Galeri Alumni

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.

Album gambar 'Galeri Alumni' kini telah siap melalui fasa pertama. Galeri Alumni ini boleh diakses di http://alumnikmns.fotopages.com atau klik pautan 'Gallery' di blog alumni.

Isi kandungan akan dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa. Harap dengan wujudnya galeri ini dapat mengimbau kenangan lalu di KMNS. Sekian.

 - Fotopages.com  - Fotopages.com  - Fotopages.com


Monday, November 16, 2009

Pembaharuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua pembaca..

Seperti yang anda dapat lihat, blog ini dalam proses dikemaskini.. Antara pembaharuan yang ketara ialah dari segi layout blog ini sendiri, dan juga widget² yang akan ditambah di masa hadapan mengikut keperluan.

Respons dari semua pembaca adalah diharapkan agar kami dapat memantapkan lagi blog ini demi kemudahan semua pihak. Sila kemukakan pandangan/respons anda di ruangan komen entry ini, atau contact terus kpd admin di shoutbox beserta alamat emel/blog anda, supaya mudah untuk kami membalas segala respon anda.

Terima Kasih.

Thursday, November 5, 2009

Ingin Melibatkan Diri...?

Salam kepada semua. Persatuan Alumni KMNS (ALUMNI KMNS) sedang merancang untuk mengadakan program Forum Bicara Alumni Ikon dan Hari Bersama Alumni. InsyaAllah sekitar awal bulan Februari 2010. Diharap Alumni bermula dari sesi 2000 yang berminat untuk terlibat sama dalam program dapat memberikan maklumbalas. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah berkerjaya.

Berikan profil:
Nama, alamat, no. telefon, no. KP, sesi di KMNS, butiran pekerjaan, latar belakang pendidikan(Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda).

EMELKAN BUTIRAN BERKENAAN KE:
alumnikmns@yahoo.com atau
mr.msbadri@gmail.com atau
azzain_um@hotmail.com

Tuesday, October 20, 2009

Derma kilat.

Salam.

Pada 18 September 2009 yang lalu, salah seorang ahli Alumni KMNS iaitu Noor Aini Binti Yaser (PST 08/09) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut berlaku di Segamat. Dan kecederaan yang dialami agak teruk iaitu patah peha dan patah tangan. Pengajiannya di UMT pada semester ini terpaksa ditangguhkan kesan daripada kemalangan tersebut. 

Berikutan dengan itu, pihak alumni KMNS telah melancarkan derma kilat bagi mengurangkan beban yang dialaminya. Sudi-sudikanlah diri untuk membantu sahabat kita ini. Saudara/i boleh menyumbang terus ke akaun Aini iaitu 0199529000019272 (BSN). 

Sumbangan dan perhatian dari saudara/i didahulukan dengan ucapan terima kasih.

Semoga sahabat kita ini tabah menghadapi hari-hari yang mendatang.


Monday, September 14, 2009

KEM UPAYA DIRI 1 2009-2010

salam..

KEM UPAYA DIRI 1 2009-2010


Kem Upaya Diri kali I untuk sesi 2009-2010 telah diadakan bermula 11 September 2009 dan berakhir pada 13 September 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.

Kem ini diadakan untuk membantu lebih kurang 100 orang pelajar terpilih dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ice-breaking, LDK dan pembentangan.

Pihak Alumni KMNS sangat berbesar hati kerana telah dijemput oleh pihak Kolej untuk menjalankan slot ceramah yang berdasarkan budaya hidup pelajar cemerlang dan cabaran serta pengorbanan yang perlu dilalui.

Slot yang dijalankan dalam kaedah forum telah diwakili oleh saudara Mohd Nurafiq bin Mohd Zainal sebagai Moderator, manakala Mohd Ghazali bin Ismail serta Haryanti bte Mohd Affandi bertindak sebagai Ahli Panel. Sementara itu Muhammad Khairuddin dan Taufiq Azzain dari Unit Dokumentasi Alumni KMNS bertindak sebagai pembantu program serta mendokumentasikan perjalanan program.






Dari Borang Maklumbalas yang diterima, rata-rata peserta berpuas hati dengan slot yang telah dijalankan dan meminta supaya program-program seperti ini diadakan lagi pada masa hadapan, malah dicadangkan supaya ianya dijadikan aktiviti bulanan atau tahunan oleh pihak Alumni KMNS.

Kami dari Pihak Alumni KMNS sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak Kolej kerana memanggil kami dalam menjayakan program tersebut, serta mengucapkan Selamat Maju Jaya kepada adik-adik yang bakal meneruskan perjuangan mereka di kolej.

Sekian, terima kasih.

Wednesday, August 12, 2009

Salam Takziah

Salam. Walaupun agak terlewat namun rasanya belum terlambat.

Ayahanda tercinta kepada Ahmad Nabil bin Md Nasir (KMNS sesi 2004/2005, UTM) telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 26 Julai 2009.

Bersama-sama kita semua menghadiahkan Al-Fatihah untuk roh arwah dan mendoakan arwah tergolong dalam golongan orang yang sejahtera di sana.

Semoga sahabat kita tabah menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah

Thursday, July 9, 2009

Kem Kepimpinan JPP & Ketua-ketua Blok KMNS 09/10

Pada 27 dan 28 Jun 2009, satu Kem Kepimpinan JPP & Ketua-ketua Blok KMNS 09/10 telah diadakan di Padang KMNS anjuran HEP dengan kerjasama Unit Kaunseling. Kem ini bermula pada jam 2.00 petang 27 Jun 2009 hingga 2.00 petang 28 Jun 2009. Seramai hampir 50 orang pelajar telah menyertai kem ini. Sempena kem ini, 5 orang wakil Alumni KMNS, yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 1 orang perempuan telah turut serta sebagai fasilitator untuk membantu perjalanan kem ini.

Tentatif Program:

27 Jun 2009

2.00 petang - Sesi Ice-Breaking

4.30 petang - Minum petang

5.00 petang - Memasang khemah dan menyediakan makan malam

7.00 petang - Persiapan diri

Solat Maghrib

Kuliah Maghrib

Solat Isyak

9.00 malam - Program

12.00 tengah malam - Tidur

28 Jun 2009

5.00 pagi - Persiapan diri

Solat Subuh

Kuliah Subuh

Sarapan

9.00 pagi - Taklimat mengenai etika Majlis

11.30 pagi - Majlis Penutup

12.00 tengah hari - Bersurai



Kem ini sedikit sebanyak meningkatkan keupayaan peserta dalam pengurusan sesebuah majlis rasmi, keyakinan diri dan juga pengurusan masa. Semoga pada masa-masa yang akan datang, pihak Alumni diberikan lagi peluang untuk terus bekerjasama dengan pihak kolej dalam menjayakan pelbagai program lain.

Disediakan oleh: 6 Julai 2009

Nor Alwani Binti Amran

Unit Pendaftaran dan Alumni

Saturday, June 13, 2009

MPPB PDT 09/11

Assalamualaikum wbt.

Biro Informasi dan Maklumat PAKMNS ingin meuar-uarkan kepada semua bahawa minggu ini, bermula 15-19 Jun 2009, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bersama-sama dengan Kolej yang lain akan menganjurkan Minggu Pengurusan Pelajar Baru Program Dua Tahun (PDT) bagi sesi 2009/2011.

Dari data semasa, jumlah surat tawaran yang dihantar kepada calon ialah lebih kurang 700, namun jumlah pelajar yang dijangkakan akan hadir mendaftar di Kolej pada hari Isnin ini, 15 Jun 2009 hanyalah seramai 200 orang.

Pihak Alumni dengan kerjasama dari Pentadbiran Kolej akan membuka 1 booth di hadapan Dewan Serba Guna (DSG). Booth ini akan menempatkan jualan yang dijalankan oleh pihak persatuan sendiri, iaitu penjualan Button Badge dan juga Baju. Antara contoh Button Badge yang dijual :














Button Badges ini boleh didapati di booth PAKMNS dengan harga yang berpatutan. Untuk design baju kami tidak berjaya upload gambar di sini kerana masalah teknikal, harap maaf.

Kepada pelajar baru yang akan mendaftar, PAKMNS ingin mengucapkan selamat datang ke KMNS dan semoga berjaya. buat Fasilitator yang terlibat dlm menguruskan MPPB kali ini, adalah diharapkan komited dalam menjalankan tugas-tugas yang telah diberikan.

KMNS dihatiku~

Tuesday, June 9, 2009

Reunion 2009

Assalamualaikum w.b.t

Buat julung-julung kalinya, Persatuan Alumni KMNS (PAKMNS) melalui Biro Informasi serta Biro Arkib dan Dokumentasi menganjurkan Reunion yg bertempat di Mid Valley Mega Mall pada 30hb Mei 2009 yang lepas..

Saudara Khairuddin (Biro Informasi) serta saudara Taufiq Azzain (Biro Arkib dan Dokumentasi) telah bertindak sebagai penganjur utama program ini.

Tujuan program ini diadakan ialah merapatkan kembali sillaturahim yg sudah lama terjalin antara ahli-ahli alumni KMNS. Memandangkan PAKMNS baru sahaja ditubuhkan, maka ahli-ahlinya terdiri daripada fasilitator-fasilitator yg bertugas semasa Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB) tahun-tahun sudah.

Alhamdulillah, kedatangan para peserta agak menggalakkan. 25 org ahli PAKMNS telah hadir ke program reunion ini. Antara yg hadir termasuk Presiden PAKMNS, saudara Muhammad Syazwanul Badri bin Ruslan (batch 2003/2004) dari UTM Skudai.

Program Reunion ini dimulakan dengan sesi jamuan di KFC pada pukul 1230 tgh hari. Walaupun agak sesak, namun kami berjaya mendapatkan tempat yg mencukupi utk duduk bersama-sama menikmati jamuan yg disediakan.

Selepas menjamu selera serta solat, para peserta menuju pula ke Pusat Bowling Cosmic Bowl. Di sana, penganjur telah menganjurkan satu pertandingan bowling yang disertai sebahagian besar peserta yg hadir. Pertandingan Bowling ini telah dimenangi ialah saudara Aslam bin Norzahari (batch 06/07). Walaupun mendapat tentangan sengit dari saudara Presiden serta peserta-peserta lain, namun saudara Aslam gagah menuju puncak sehingga berjaya menggapai kemenangan. Tahniah diucapkan.huhuhu.

Setelah selesai pertandingan, penganjur telah menyampaikan hadiah kepada pemenang serta sedikit cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan kepada semua peserta yang hadir ke program ini. Program tamat kira-kira pukul 4.30 petang.

Akhirnya, penulis sebagai penganjur mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang dapat hadir. Insya Allah, jika diizinkan, kami akan cuba menganjurkan pula pertandingan secara tahunan, yang boleh disertai oleh semua ahli-ahli PAKMNS.



Semoga berjumpa lagi.Terima Kasih~


Sunday, May 17, 2009

Welcome to PAKMNS!

CONGRATULATION!
Tahniah! 

Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telahpun didaftarkan secara rasmi di ROS Negeri Sembilan pada tahun 2008. Sejarah penubuhan bermula daripada Jawatankuasa Penaja Alumni KMNS yang ditubuhkan pada tahun 2007. Alumni KMNS bergerak secara sendiri di atas dana yang dikumpulkan sendiri. 

  1. Mengumpul semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan erat antara satu sama lain.
  2. Menyatukan pelajar dan bekas pelajar melalui kegiatan-kegiatan ceramah, bengkel, forum, seminar dan pelbagai aktiviti lain.
  3. Menjaga kebajikan ahli-ahli dengan mewujudkan rangkaian ke arah mencapai kecemerlangan di dalam bidang akademik dan kerjaya di samping membina semangat setia kawan. 
  4. Menyalurkan bantuan yang diperlukan kepada ahli-ahli yang melanjutkan pelajaran di institusi pengajian tinggi (IPT) dalam dan luar negara.
  5. Mewujudkan kerjasama di antara ahli-ahli Alumni KMNS, pelajar dan masyarakat dengan mengadakan program bersama seperti kelas-kelas bimbingan pelajar, khidmat masyarakat dan aktiviti sosial yang lain bagi mengeratkan persaudaraan.
  6. Bekerjasama dengan Alumni kolej-kolej matrikulasi lain yang sama tujuan dan dasarnya dengan Alumni KMNS di dalam perkara yang memberi faedah kepada Alumni KMNS dan ahli-ahlinya.
  7. Mengumpulkan semula semua bekas-bekas pelajar KMNS
  8. Memastikan hubungan rapat antara Alumni KMNS dan seluruh warga KMNS




Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan
Kementerian Pelajaran Malaysia
72000, Kuala Pilah 
Negeri Sembilan Darul Khusus