Sunday, December 2, 2012

Kenapa Harus Matrikulasi?

*Sebab bukan Politeknik, Kolej Mara, Diploma mahupun Tingkatan 6! Hiks.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawasanya permohonan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 telahpun ditutup pada 30 November yang lalu. Sesiapa yang tidak sempat atau tidak mahu memohon kemasukan ke matrikulasi memang tersangatlah rugi. Kenapa rugi? Boleh tanya pada yang pernah merasa kehidupan di matrikulasi.

Kenapa tak mohon?OK, ini isu yang sangat serius. Lebih serius daripada kes hilang selipar di masjid. Saya pasti jawapan klise untuk soalan ini pastinya,

"Saya rasa result SPM saya nanti tak bagus punya. Saya dah tilik dalam air nujum Pak Belalang."

"Masa beli no pin BSN, saya tersedar duit saya hanya ada RM5.90 dalam poket. Tak cukup lagi seposen."

"Saya tak bayar broadband. Cyber cafe pun tak bukak. Time cyber cafe bukak, hujan pulak."

"Result saya bagus! No pin pun dah beli! Line internet laju sangat! Tapi masa nak mohon tu, rupanya permohonan dah tutup. Sedih sangat." 

Dan seribu satu alasan lagi.

Tahukah anda, apakah Kelayakan Minimum Akademik ke program matrikulasi ini?

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

(1) Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
(2) Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
(3) Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Jangan bertegang urat pula dengan saya. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun.

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Saya yakin, pada alumni kita yang zaman matriknya sudah puluhan tahun berlalu pun masih tak tahu perkara ini. Kerana saya juga merasainya. HAHA Terima kasih Encik Google!

Ok, kita abaikan seketika isu debat "Kenapa Matrikulasi?", terutamanya KMNS yang best lagi awesome tu. Sekarang ini mesti adik-adik lepasan SPM sedang riang-ria bercuti di rumah. Tak lama lagi sibuk pula menyiapkan barang keperluan untuk mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi. Tak kisahlah sama ada sambung diploma ke, matrikulasi ke, kemahiran ke or so what ever. Janji sambung belajar. Jangan terhenti di tingkatan lima sahaja, sebab potensi diri belum digilap sepenuhnya lagi. Rezeki ada dimana-mana dengan usaha.
You are what you think. If you think you are a loser, then you are a LOSER. 
But if you think you are the best, then you are the BEST of yourself. 

Penulisan oleh,

4 comments:

  1. masa lepas dpt result spm, tak impikan pun dpt masuk matrik... lebih2 lg KMNS yg hebat ni... tetapi, sebulan slps masuk tingkatan 6 tetiba je dapat matrik sains 2 tahun... tak sngka sebenarnya... ketidaksangkaan tu masih jelas sehingga skrg...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti Faizul boleh ceritakan pengalaman sepanjang berada KMNS sehingga masuk U. Boleh kita kongsikan disini :)

      Thanks for the comment.

      Delete
  2. Saya bakal student KMJ untuk sesi 2013/2014 . Nervous sesangat :/

    ReplyDelete
  3. Saya bakal student KMJ sesi 2013/2014 nervous takut tak boleh hidup jauh dari family .

    ReplyDelete