Tuesday, March 12, 2013

KMNS HOMECOMING DAY V2.0 : [ The Real Event ! ]

Hari yang dinanti-nanti akhirnya tiba... Setelah bertungkus lumus selama lebih kurang 4 bulan +/-,  event KMNS HOMECOMING DAY V2.0 2013 telah berjaya dilaksanakan pada 16 Februari 2013 iaitu pada hari Sabtu. Program ini bermula seawal jam 7.30 pagi dan berakhir pada pukul 10.30 malam. Pelbagai aktiviti yang disajikan sepanjang program ini berlangsung. Program ini telah dihadiri oleh 250++ bekas pelajar dan alumni, 2500 +/- pelajar-pelajar KMNS dan seperti yang dijanjikan, pensyarah-pensyarah KMNS turut hadir memberi sokongan langsung memeriahkan lagi program pada kali ini. Seawal jam 7.30 pagi, kaunter pendaftaran untuk bekas-bekas pelajar mahupun alumni telah dibuka di hadapan foyer bertentangan dengan pintu masuk utama KMNS.


Barisan penjaga-penjaga main gate KMNS <3

Biro pendaftaran =)

         Kemudian aktiviti seterusnya diisi dengan ' Slot Bersama Alumni ' pada pukul 8.00 hingga 10.00 pagi. Slot ini diadakan untuk alumni (yang terpilih) memberi pengenalan tentang persatuan alumni itu sendiri dan menceritakan pengalaman masing-masing semasa bergelar pelajar KMNS sebelum ini serta pendedahan tentang kehidupan di Universiti dan seterusnya alam pekerjaan disamping memberi suntikan, semangat, motivasi dan nasihat kepada adik-adik yang kini masih lagi sedang berjuang menuntut ilmu di KMNS itu.

Semangat abg mino dan abg arep bagi talk ya .

Pelajar-pelajar ini telah dibahagikan mengikut kuliah dan
praktikum masing-masing.

Khusyuk adik-adik ini mendengar amanat senior mereka .


Namanya abg Taufiq atau dikenali sebagai abg Boolat .


Abg Bad yang sempoi .

Ini abg Udean .

Kak Wani turut serta dalam memberikan amanat
pada adik-adik ini.


      Selepas itu, bermulanya jam 10.00 pagi sehingga jam 5 petang, sebanyak 19 gerai jualan telah dibuka di Dataran Perpatih KMNS dan ada juga kaunter ' games ' yang dibuka di dataran tersebut. Pengunjung-pengunjung dimeriahkan lagi dengan lagu-lagu yang diputarkan serta celoteh DJ kami pada hari itu, abg shameerul (KMNS dah macam ada radio sendiri pula haha) . 


Panorama Astaka KMNS !
 Antara booth-booth jualan yang dibuka ! =D



Pameran Aman Palestin pun ada .



Terima Kasih kepada MILO kerana sudi memberikan air percuma kepada kami semua.
# Sedap sangat dapat minum tengah2 panas camni hehe.

Antara games yang disediakan oleh biro jualan kita .

Ini dia DJ kita pada hari tersebut .

Abg Shameerul in da House ! 


    Selari dengan itu, Pusat Derma Darah Negara juga membuka kaunter untuk aktiviti derma darah yang diadakan disepanjang One Stop Center (OSC), KMNS .



# Muka-muka ceria Alumni-alumni @ bekas pelajar KMNS yang hadir pada hari tersebut .







Eh ?

Tawaf KMNS hihi.

Sempat bertemu dengan lecturer tersayang =)

Sweet Memory bersama junior-junior hehe.

       Di bahagian padang pula sedang berlangsungnya aktiviti-aktiviti sukan dan permainan seperti futsal, bola jaring, bola tampar dan ragbi yang berlangsung di gelanggang masing-masing dan explorace yang berlangsung di sekitar KMNS serta sukaneka yang berlangsung di tengah padang. Yang menariknya pada kali ini, penyertaan daripada pelajar-pelajar KMNS amatlah menggalakkan dan ada juga perlawanan persahabatan antara pensyarah dan alumni dalm sukan bola tampar (lelaki) dan bola jaring. Agak-agak siapa yang menang ya? Tok guru ke anak murid ? (Dengar kata pasukan pensyarah sengaja kalah sebab nak bagi can anak murid menang. Yelah tu. hihi ). Diantara itu, pada pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang telah berlangsungnya Grooming Class and Beauty Workshop di DK 4 yang dikelolai oleh kak Zainatun Adilah yang juga merupakan Alumni KMNS.




Referee ?

Yang ini barulah nampak macam pengadil sikit hihi.

Sementara itu, di DSG pula sedang berlangsungnya raptai penuh untuk acara pada malam tersebut. Jadi, apa acara seterusnya pada malam homecoming ini ?

Alumni practising their songs !

      Aktiviti pada siang hari ditutup dengan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang. Masing-masing pulang dengan muka gembira walaupun sangat letih pada petang itu. Nanti Dulu ! Program belum tamat lagi ! hehe. 



       Pada Sebelah malam pula berlangsungnya 1 majlis yang julung-julung kalinya diadakan iaitu Majlis Makan Malam Tahunan PAKMNS. Bertemakan ' wedding glam ' , majlis ini bermula pada jam 8 malam dan berakhir pada jam 10.30 malam bertempat di DSG (Dewan Minangkabau). Majlis dimulakan dengan persembahan pembukaan iaitu tarian daripada adik-adik kita, pelajar-pelajar KMNS sesi 12/13 ini yang dikenali sebagai Tari Cemara. Kemudian, diikuti dengan bacaan doa, ucapan oleh timbalan pengarah program, Ahmad Sabree dan ucapan daripada pihak KMNS, Ketua Jabatan Pengurusan Pelajar, En. Yusnizam Bin Ahmad. Seterusnya berlangsungnya upacara memotong kek sempena perasmian logo baru Alumni KMNS.

Antara tetamu-tetamu yang hadir. Bergambar lah dulu hehe.





Persembahan pembukaan daripada Tari Cemara .

Perasmian logo baru PAKMNS dan upacara memotong kek .

      Setelah itu, yang paling dinanti-nanti oleh semua yang hadir...makan malam pun bermula hehe. Seiring dengan makan malam itu, para hadirin dan hadirat disajikan dengan 3 persembahan nyanyian. Pertama, persembahan daripada live band bersama alumni, kedua, persembahan live band bersama pelajar KMNS dan akhir sekali, kejutan pada malam itu...persembahan daripada live band bersama pensyarah ! Antara persembahan-persembahan itu pula, kami selitkan dengan acara cabutan bertuah dan teka gambar.

Ini dia pengacara majlis kita pada malam itu. Tak lain tak bukan, kak teja dan abg shameerul.
Waktu ini sedang berlangsungnya aktiviti teka gambar agaknya .

We Are The Champion (WATCH) .
# Alumni yang membuat persembahan pada malam tersebut .

Antara alumni yang hadir .

Tangkap gambar dulu sebelum makan .

Penyanyi KMNS, Syafiqah nama adik ini. Sedap suaranya.
Merdu aje.

Menyampaikan lagu Destiny .

Agak2 kenal tak ini siapa?
Satu-satunya pensyarah yang buat persembahan pada malam itu..Cikgu Syed ! =)

Cikgu Syed membuat persembahan bersama
pelajar-pelajarnya daripada praktikum S1CP2 . 

With his backup singer, menyanyikan lagu
daripada 1st Edition ft Aizat : Perpisahan ini .
Terima kasih cikgu !

       Akhir sekali, tayangan montaj tentang perjalanan sepanjang KMNS HOMECOMING DAY V2.0 ditayangkan sebagai penutup majlis itu. Setelah tamatnya majlis tersebut, sesi fotografi mengambil alih slot pada malam itu sebagai kenangan untuk tetamu-tetamu yang hadir pada malam tersebut. -The End of KMNS HOMECOMING V2.0 2013 -


Akak-akak senior batch 2006 .
Well, most of them are hehe .

Thanks a lot JPP for everything !

Sweet sangat !


Kakak-kakak tersayang .
Cantik-cantik belaka hehe .

Jejaka-jejaka idaman ?

Cikgu Amir yang tak lekang dengan kameranya .

Misai... ?


( _ _)"

Hareez dihujung sekali.
YDP JPP sesi 12/13 .

Cikgu Tikah, Teacher Mulia n Cikgu Dayah .

Bergambar dengan bekas anak murid =D

Semua suka sangat main benda tuh malam tu hihi .

        Ribuan terima kasih diucapkan kepada semua jawatankuasa  Homecoming alumni, pensyarah dan jawatankuasa pelajar KMNS yang bertungkus lumus merealisasikan program ini. Terima Kasih yang tak terhingga diucapkan kepada semua yang hadir memeriahkan lagi program ini dan terima kasih juga kepada semua yang terlibata secara langsung mahupun tidak langsung dalam event KMNS Homecoming Day V2.0 2013 ini. Bagi yang tidak berkesempatan untuk hadir (tarikhnya agak tak sesuai kan sebab ramai yang dah masuk U hehe) takpe, jangan risau, In Shaa Allah, akan ada lagi lepas ini. Jadi berjumpa lagi kita di KMNS HOMECOMING DAY V3.0 ! ^_^




*video persembahan alumni KMNS : (1) WATCH: Can't Take My Eyes Off You
                                                             (2) WATCH : Sahabat

*video keseluruhan dinner : The Catalyst of KMNS : malam homecoming v2.0. 

# picture credits to : Fadzlan Syahidi, Firdaus Mk, Pat Ab Rahman, Zhafran Zulkifly, Ahmad Sabree Abdul Basit, Hammad Dali, Nur 'Atiqah Edy, Fatira Kudus, Kimia Kmns .


gambar-gambar lain boleh lihat disini : Official Page Persatuan Alumni KMNS .

We smile, we laugh, we sad, we cry, we mad, we happy and we love...our tears just dont want to stop, tears of happiness and tears of sadness... However, we still keep those memories inside of our hearts. This things that make our bonds stronger and keep stronger...

" KMNS Forever in our Hearts "

0 comments:

Post a Comment