We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Tuesday, March 27, 2012

Bowling Tournament: Roll The Ball 2012

Dimaklumkan, pihak PAKMNS akan menganjurkan bowling fundraiser tournament: Roll The Ball. Butir-butir pertandingan adalah seperti berikut:

Tarikh: 14hb April 2012 (Sabtu)
Masa: 11.00 AM - 3.00PM
Tempat: ARL PowerBowl, Alamanda Putrajaya
Yuran : RM50/kumpulan


Syarat-syarat penyertaan:
1. Pendaftaran dibuka sehingga 6 April 2012  (Jumaat) sebelum 6.00 petang. Sila isi borang yang telah disediakan. [Rujuk *T&C]

*T&C: Pengesahan pendaftaran tidak boleh dibatalkan berikutan ianya melibatkan tempahan ‘lane’.

2. Terbuka kepada semua pelajar dan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang berdaftar.
3. Maksimum penyertaan sebanyak 10 kumpulan (Lelaki/Perempuan/Campuran). Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang peserta.
4. Untuk makluman, 20% daripada jumlah yuran penyertaan akan disalurkan ke Tabung Kebajikan Alumni untuk mereka yang memerlukan. Cara pembayaran yuran penyertaan: 


NAMA PENERIMA: SITI AJRINA AZIZ SHAH
NO AKAUN: 162115929297

4. Borang yang telah lengkap diisi, sila kembalikan melalui pm Facebook sebagai 'Attach a file' kepada Ajrina Aziz


Sarapan/Makanan dan minuman ringan disediakan kepada semua peserta terlibat. Pihak penganjur juga akan mengadakan cabutan bertuah kepada pemilik-pemilik bertuah kupon dana kebajikan alumni sepanjang program berlangsung. Jumlah hadiah tidak terhad. Tajaan hadiah daripada mana-mana pihak amatlah dialu-alukan.

Kaunter pendaftaran ahli baru Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan juga akan turut dibuka sepanjang program berlangsung. Mengenai bekas pelajar KMNS yang telah mendaftar pula, anda boleh mengemas-kini maklumat diri dan pembaharuan yuran keahlian anda di kaunter yang sama.

Tidak lupa kepada kakitangan/staff, bekas pelajar, dan pelajar KMNS yang tidak berdaftar juga dijemput hadir untuk turut serta bersama alumni dan rakan memeriahkan atucara program. PAKMNS hope to see you there! Go Alumni!  

Sebarang pertanyaan mengenai program, sila hubungi:
[1] Puteri 0136403821
[2] Bahiah 0132855534
[3] Fafau 0133707941

"Bergembiralah sambil Menderma"