We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Sumber: iluvislam


Saturday, November 19, 2011

KAKOM 2011~


Karnival Kokurikulum atau lebih dikenali sbg KAKOM yg bermula pd 11 Nov,Jumaat telah melabuhkan tirainye pd 16 Nov iaitu pd hari Rabu yg lepas. Pada edisi yg ke 11 ni, KAKOM telah diadakan di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR(KMS), banting. Pada tahun ini pula KMNS berjaya mengutip 3 emas(badminton perseorgn wanita,badminton beregu wanita dan skuasy wanita),2 perak(bola tampar lelaki dan wanita) serta 3 gangsa(bola sepak,tenis beregu lelaki dan olahraga-1oom lelaki). KMNS juga mendapat emas dlm acara badminton pegawai yg disertai oleh pensyarah2. Kesuluruhan, jumlah pungutan mata KMNS sebyk 51 mata dan KMNS di tempat yg ke5 dibelakang KM Labuan,KM Johor,KM Perak dan KM Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan pd seluruh warga KMNS 11/12 atas usaha terbaik anda. Destinasi seterusnye iaitu KM Kedah pd tahun hadapan. Smoga pencapaian KMNS bertambah lebih baik untuk KAKOM edisi ke12 selepas ini :)



Sunday, November 6, 2011

SaLam EiD aL-aDHa C:

salam aidiladha buat semua warga alumni KMNS, warga KMNS dan juga semua umat ISLAM di dunia ini. Bersama kita mengingati dan menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s.

"Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat."
(al-Baihaqi)

~May all our struggles and sacrifies be rewarded with ALLAH's blessings~

Saturday, October 15, 2011

Para Sahabat~ Selamat Menghadapi Peperiksaan!

kepada adek2 di KMNS yg akan menghadapi PSPM1,sahabat2 seangkatan dan senior2 yg akan menghadapi ujian pertengahan semester, semoga berjaya. belajar bersungguh2 dan buat yg terbaik ketika exam. tenangkan fikiran dan hati ketika menjawab soalan. buat yg terbaik kemudian berserah,bertawakal dan berdoa padaNya agar kita semua memperolehi keputusan yg lulus dgn cemerlang,amin...

"sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang yang beriman."

-Trust In Allah-
~May Allah Give His Help, Answers, Solutions, And Ways Of Being PATIENT.~

Friday, September 16, 2011

MeRDeKa & MaLaYSia DaY !


Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54 dan selamat menyambut hari Malaysia yg ke-48. Semoga Malaysia akan terus aman, damai dan makmur sampai bila2, amin...:)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Menempuh Penggal Baru !

Bagi semua bekas pelajar KMNS sesi 09/11 & 10/11 selamat menempuh kehidupan baru di alam Universiti ! Semoga berjaya, belajar rajin2 & "always strive for excellent". Bagi semua senior2 pula, selamat kembali ke Universiti masing2, good luck & semoga semester kali ini lebih baik daripada yg sebelumnya.
Bagi pelajar2 KMNS sesi 11/12 pula, selamat pulang ke KMNS. Kami mendoakan semua akan dapat result yg terbaik utk UPS baru2 ni. Jadikan result ni sebagai ukuran untuk buat yg lebih baik pada peperiksaan yg akan datang. Jangan sesekali putus asa! Kami sentiasa doakan kejayaan anda semua.

Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri Datang Lagi !!!!

Kepada semua alumni dan warga KMNS!! Sempena hari raya yang bakal menjelang ini, ikhlas dari hati,kami ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya ade sebarang kesalahan yang dibuat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Maaf juga sekiranya ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ini. Semoga semua bergembira di hari raya ini dan semoga ukhuwah yang terjalin antara kita saudara sesama Islam menjadi bertambah teguh dan semakin erat di hari lebaran ini. Hati2 di jalan raya. Jaga diri dan jangan main mercun oke? Akhir kata, SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua. Semoga hari raya kali ini membawa seribu erti pada kita semua!

Wednesday, August 24, 2011

~KMNS HOMECOMING DAY~ (bahagian 2)

Antara gerai-gerai jualan yang dibuka semasa hari tersebut :)




Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Klinik Motivasi.Klinik ini bertujuan untuk memberi nasihat dan bimbingan yang lebih mendalam tentang kehidupan di matrikulasi dan hala tuju selepas tamat pengajian kepada pelajar2 KMNS.




Program diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti2 yang disediakan untuk para pelajar dan bekas pelajar. Aktiviti2 ini bermula pada pukul 2 petang hingga pukul 4 petang.

TELEMATCH.



EXPLORACE.


Seterusnya perlawanan persahabatan di antara junior dan senior KMNS pula berlangsung pada pukul 4 petang sehingga pukul 5 petang.




Program diakhiri dengan upacara penyampaian hadiah bagi para pemenang pada pukul 5 petang. Tahniah diucapkan pada para pemenang :)



Akhir sekali kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pengarah program dan semua urusetia program ini kerana sudah bertungkus lumus dalam memastikan program ini berjalan dengan lancar dan jayanya. Tahniah dan syabas pada semua! Ribuan terima kasih juga kepada bekas AJK Pelaksana Alumni KMNS yang sudah banyak berjasa untuk Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ini. Terima kasih tak terhingga juga buat En. Awang Nazrul penasihat Alumni,pensyarah2,pelajar semasa dan bekas pelajar(Alumni KMNS). Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat sama ada langsung mahupun tidak langsung dalam program ini. Diharap program sebegini dapat dilakukan lagi pada masa hadapan. Terima kasih atas semuanya dan SELAMAT BERTUGAS buat AJK Pelaksana Alumni 11/13!! goodluck :)

p/s: gambar2 selebihnya boleh dilihat di group PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN.

~KMNS HOMECOMING DAY~ (bahagian 1)

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 16 julai 2011 telah diadakan satu program alumni KMNS bertempat di kolej tercinta, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dengan bertemakan "Where Brothers and Sisters are Bond Together". Objektif utama program ini adalah untuk pendaftaran alumni secara besar-besaran,dapat saling berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan antara bekas-bekas pelajar termasuk pelajar semasa serta dapat melepaskan rindu dengan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat lama serta pensyarah-pensyarah KMNS. Disamping itu juga pelbagai aktiviti turut diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut serta memupuk semangat bekerjasama dalam diri masing-masing. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang dibuka di sekeliling Dewan Serbaguna(DSG) bagi menambah lagi kemeriahan program ini. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Program dimulakan seawal 7 pagi lagi dengan pendaftaran bekas-bekas pelajar serta pelajar semasa dan juga pembayaran yuran tahunan oleh alumni yang sudah mendaftar. Sesi pendaftaran ini berlanjutan sehingga pada pukul 2 petang.




Kemudian program disambung dengan ucapan dan upacara perasmian oleh penasihat Persatuan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang juga merupakan penolong pengarah HEP KMNS, EN. Awang Nazrul.



Selepas itu, AGM(annual grand meeting) berlangsung pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi. Dalam mesyuarat ini juga pembubaran AJK pelaksana lama dilakukan dan AJK pelaksana baru dilantik. Logo baru Alumni KMNS juga turut dirasmikan. Tahniah kepada semua AJK pelaksana Alumni KMNS yang baru dilantik untuk sesi 11/13 dan terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada AJK pelaksana Alumni sebelum ini.



Pada pukul 10.30 pagi program diteruskan dengan Sesi bersama Alumni.Slot ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Slot ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman lebih lanjut mengenai pembelajaran di matrikulasi,pemilihan kos dan universiti serta pasaran pekerjaan kepada para pelajar KMNS.




ingin tau ape lagi aktiviti yang diadakan selepas itu? bersambung di bahagian 2... :)

Monday, August 1, 2011

Perkongsian Ramadhan 3

Kelebihan Ramadan

* Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

* Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

* Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :

(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :



(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

* Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

* Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

* Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

* Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :
o a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah
o b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.
o c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.
o d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.
o e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

* Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

* Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

* Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

* Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

* Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)
o - Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)
o - Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)
o - Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)
o - Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)

o - Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)

o - Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)

o Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

* Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)

*
o Keredaan Allah (bagi orang yang taat)
o Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)
o Jaminan Allah (bagi orang yang taat)
o Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)
o Anugerah Allah (bagi orang yang benar).
+ Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.
+ Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.
*
o "Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)

o "Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)

*
o "Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)
*
o "Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

* Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

* Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

* Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

* Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

* Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

* Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith)

Perkongsian Ramadhan 2

"SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.

Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.

Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima selama 40 hari dan jika membaca serta membenarkan pula ramalan itu, maka orang itu dikatakan kufur kepada ajaran Muhammad.

Bagaimanapun katanya, jika membaca dengan tujuan untuk membantah, menjelaskan dan mengingkari amalan syirik, hukumnya dituntut malah menjadi wajib kerana tujuan memberi pengajaran kepada orang lain."Jelas amalan meramal, membaca dan menaruh sikit rasa yakin apa dikatakan ramalan bintang itu perlu dijauhi mulai hari ini. Ini bukan perkara main-main atau seronok-seronok kerana ia bercanggah dengan hukum Islam," katanya.

Katanya, perkara itu juga jelas daripada hadis riwayat Muslim bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Sesiapa yang datang kepada dukun kemudian dia membenarkan terhadap apa yang dikatakan olehnya, maka solat orang itu tidak diterima Allah
selama 40 hari."

Perbahasan mengenai minat masyarakat hari ini terhadap ilmu ramalan termasuk membaca horoskop dibincangkan Nik Salida bersama Al-Fadhil Kadi Daerah Temerloh, Badli Shah Alauddin, dalam program Halaqah terbitan TV9 yang disiarkan malam Ahad lalu dengan tajuk Bintang 12.

Program yang mengulas mengenai ayat 105, surah an-Nahl, mengajak penonton menghindari perbuatan berjumpa atau mempercayai tulang tilik dan tukang ramal kerana Allah memberi amaran mengenai golongan pembohong itu.

Nik Salida berkata, tidak dinafikan ramai yang mengatakan tujuan mereka membaca ramalan bintang adalah suka-suka tetapi amalan bermula daripada suka-suka itu akhirnya menyebabkan mereka menjadi obses seterusnya terpengaruh dengan apa yang dibaca.
Katanya, ada kalangan masyarakat hari ini yang melanggan ramalan bintang melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk mengetahui apa yang diperkatakan mengenai nasib mereka atau perkara bakal dilalui mereka setiap hari, minggu atau bulan.

Sedangkan, perbuatan itu bukan saja merosakkan akidah malah menyebabkan hidup mereka tidak keruan kerana pengaruh ramalan itu sedikit sebanyak memberi kesan kepada aktiviti atau perancangan mereka pada hari itu.
"Jika tidak percaya atau untuk suka-suka kenapa hingga melanggan SMS horoskop. Maknanya bangun pagi kita mahu tengok apa yang diramalkan untuk kita hari itu. Begitu juga dengan membaca di akhbar dan majalah, kenapa kita hendak tahu ramalan.
"Jika katanya dalam bab rezeki apa yang diperoleh tidak setanding kerja dilakukan, maka akan timbul perasaan malas buat kerja sebab rezeki yang dapat sikit saja. Kesan ramalan ini bukan saja pada akidah, juga aspek psikologi.

"Daripada suka-suka itu juga apabila kebetulan perkara diramalkan itu benar berlaku ia mula menerbitkan kepercayaan yang akhirnya menyebabkan mereka jatuh ke lembah kepercayaan perkara karut-marut ini," katanya.
Badli Shah berkata, golongan yang percaya kepada Bintang 12 atau ramalan tukang tilik mengenai untung nasib atau hari baik dan tidak adalah mereka yang tidak percaya ketentuan Allah serta ciptaannya.

Beliau berkata, Allah sudah memberi amaran mengenai golongan itu di dalam al-Quran di mana Allah murka dan mengatakan mereka sebagai golongan pembohongan serta penipu kerana mendahului takdir Allah.

Katanya, apa yang dikhuatiri ialah disebabkan ramalan itu umat Islam lupa bahawa setiap sesuatu yang terjadi itu adalah dengan izin Allah dan ini memberi kesan daripada sudut akidah mereka.

"Jika Allah tidak izinkan perkara itu berlaku, ia tidak akan jadi. Tukang ramal pusinglah daun terup atau biarlah burung dia bercakap tetapi tanpa izin Allah tidak akan berlaku. Malangnya kita tengok, zaman moden ramai yang kembali percaya dan mencari petunjuk daripada zodiak," katanya.

Katanya, kepercayaan kepada ramalan terutama tukang tilik dan ahli nujum boleh mendatangkan kesan negatif seperti menyebabkan pergaduhan antara suami isteri, permusuhan sesama jiran atau sahabat karib.

Contohnya, isteri yang diberitahu mengenai sikap suami atau ramalan bahawa suami akan berkahwin lagi pastinya menyebabkan berlaku perbalahan dan paling malang lagi jika perkara itu tidak benar sama sekali.

Rasulullah SAW turut berdepan dengan kelompok masyarakat Arab yang taksub dengan ramalan dan kiraan bintang hingga Baginda menyebut akan tiga golongan itu terdiri daripada mereka yang mampu meramal bintang, meramal barang hilang dan melakukan
ramalan berdasarkan pergerakan bintang di langit.

Malah, Baginda SAW pernah didatangi beberapa orang yang meminta Baginda meramal masa depan orang Arab tetapi Baginda memberitahu, jika diketahui perkara ghaib nescaya dirinya sudah mendapat kemewahan serta terlepas dari musibah.

Mengulas mengenai sejarah Bintang 12, Badli Shah berkata, kepercayaan itu berasal dari Mesopotania, daerah asal orang Babylon terletak antara sungai Tigris dan Euphrates dan kini terletak di tenggara Iraq.

Ilmu itu berkembang sejak Babylon kuno 200 tahun sebelum masihi dan secara bertahap. Amalan dan kepercayaan itu semakin berkembang hingga tahap yang dikenali sebagai horoskop atau Bintang 12 yang mengaitkan keperibadian dengan tarikh lahir
berpandukan bintang.

"Contohnya bintang Capricorn untuk mereka yang lahir 22 Disember hingga 20 Januari ikut mitos Yunani ialah lambang kambing. Kambing itu bernama Almateus dan pernah beri air pada Dewa Zeus iaitu dewa tertinggi bagi bangsa kuno ketika kecil.
"Oleh itu, bagi mengenang jasa kambing itu ia dijadikan bintang dan bercahaya di langit. Kesimpulannya, Capricorn itu kambing saja. Di sini pun banyak kambing, tidak perlu tengok ke langit.Umat Islam perlu renung sejenak adakah bintang ini sesuai dengan peribadi Muslim.

"Sesuai ke jika umat Islam percaya kepada bintang kambing biri-biri atau lambang orang lelaki gagah tuang air dalam tempayan besar sedangkan banyak perkara lain lebih bermanfaat yang boleh kita fikirkan," katanya.

Justeru, beliau menasihati kepada umat Islam supaya menjauhi amalan membaca ramalan bintang atau tulang tilik walaupun untuk suka-suka kerana boleh memberi kesan kepada akidah serta amalan solat yang dilaksanakan..."

Perkongsian 1

Assalammualaikum..Post ini sekadar perkongsian bersama anda semua berkenaan penyebaran hadith palsu yang masih berlaku sekarang ni.

Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:
Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;
- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "
Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali. Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.
*****Hadis ini telah dipalsukan buktinya diterangkan dibawah*****
RIWAYAT YANG ASAL (HADIS SAHIH)
آمين، فلما ارتقى الدّرجَة الثالثة قال: آمين، فلما نزل، قلن: يا رسولَ الله لقَدْ سمعنَا مِنْكَ الْيَوْمَ شَيْئاً ما كُنَّا نَسْمَعُه! قال: إن جِبْريلَ عليه السلام عَرضَ لِي فقال: بَعُدَ منْ أدرَكَ رمَضَانَ فَلِمْ يُغْفَرْلَهُ قلت: آمين، فلما رقيت الثانية قال: بَعُدَ منْ ذكرت عنده فلم يصلّ عَلَيْكَ فقلت آمين، فلما رقيت الثالثة قال: بَعُدَ مَنْ أَدرَكَ أبويهِ الكبر عنده أو أَحَدَهُمَا فلم يُدْخِلاَهُ الْجنَّةَ قلْتُ: آمين
Maksud hadis:
Dari Ka’ab Bin ‘Ujrah (ra) katanya: Rasulullah S.A.W bersabda: Berhimpunlah kamu sekalian dekat dengan mimbar. Maka kamipun berhimpun. Lalu beliau menaiki anak tangga mimbar, beliau berkata: Amin. Ketika naik ke anak tangga kedua, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika menaiki anak tangga ketiga, beliau berkata lagi: Amin. Dan ketika beliau turun (dari mimbar) kamipun bertanya: Ya Rasulullah, kami telah mendengar sesuatu dari tuan pada hari ini yang kami belum pernah mendengarnya sebelum ini. Lalu baginda menjawab:
“Sesungguhnya Jibrail (as) telah membisikkan (doa) kepadaku, katanya: Celakalah orang yang mendapati bulan Ramadhan tetapi dosanya tidak juga diampuni. Lalu aku pun mengaminkan doa tersebut. Ketika aku naik ke anak tangga kedua, dia berkata lagi: Celakalah orang yang (apabila) disebut namamu di sisinya tetapi dia tidak menyambutnya dengan salawat ke atasmu. Lalu aku pun mengaminkannya. Dan ketika aku naik ke anak tangga yang ketiga, dia berkata lagi: Celakalah orang yang mendapati ibubapanya yang sudah tua atau salah seorang daripadanya, namun mereka tidak memasukkan dia ke dalam surga. Lalu aku pun mengaminkannya
Hadits Riwayat Bazzar dalam Majma'uz Zawaid 10/1675-166, Hakim 4/153 disahihkannya dan disetujui oleh Imam Adz-Dzahabi dari Ka'ab bin Ujrah, diriwayatkan juga oleh Imam Bukhari dalam Adabul Mufrad no. 644 (Shahih Al-Adabul Mufrad No.500 dari Jabir bin Abdillah)]
Sesiapa yang terlibat menyebarkan hadis palsu ini silalah hentikannya ia adalah kerana.....
Dalil Pertama
Barangsiapa yang dengan sengaja berdusta ke atas aku, maka tersedialah baginya tempat duduk dari api neraka.
[ Hadis Sahih (Mutawattir): Dikeluarkan Imam al-Bukhari, Imam Muslim, Ibn Majah, ad-Darimi dan lain-lain. Lihat Sahih al-Bukhari, hadis no – 109 (Kitab al-Ilm, Bab dosa berdusta keatas Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam). Dikeluarkan Imam Muslim di dalam Sahih Muslim, hadis no – 3 dan 4 (Muqaddimah - Bab berdusta keatas Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam).]
Dalil Kedua
Barangsiapa yang menceritakan dariku satu hadis yang ia sangka, sesungguhnya hadis tersebut dusta/palsu, maka ia termasuk salah seorang dari para pendusta.
[ Hadis Sahih: Dikeluarkan Muslim, Ibnu Majah, Tirmidzi, Ahmad. Lihat Muqaddimah Sahih Muslim. Lihat juga Musnad Ahmad (Hadis Daripada Samuroh Bin Jundud radhiallahu ‘anh) dengan lafaz yang sedikit berbeza.]
Di minta semua dapat menyebarkan msg ini....sudah menjadi tangungjawab kita sebagai umat islam untuk mencegah yang mungkar dan menegakkan yang makruf..
Semoga kita dapat keberkatan dalam menyebarkan msg ini.

source: TheKilledLegend

Sunday, July 31, 2011

Salam Ramadhan


kami dari pihak Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan bulan kemuliaan kepada semua warga alumniKMNS pada tahun 1432H ini..semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna dan memberi seribu satu erti buat semua..

Monday, July 11, 2011

KMNS Homecoming Day 2011


the event is coming soon. attractive games will be held.
please make your confirmation of attendance and participation through the person stated via fb.
your co-operation is highly regarded~

Friday, July 1, 2011

Are You Ready..?


KMNS HOMECOMING DAY
is coming.

This is the time to meet your fellow friends, know the seniors and even share your experience with the young ones. Lots of interesting game to be played with incredible prize to be won. For details of the event, it will updated from time to time here at the blog or even just give a click here at Facebook Event at KMNS HOMECOMING DAY 2011

'where brothers and sisters are bond TOGETHER!'

Friday, May 27, 2011

Slot Malam Bersama Alumni KMNS di MPPB KMNS 2011/2012

Assalamualaikum w.b.t.

Alhamdulillah, pada hari selasa malam lepas (24 Mei 2011), bertempat di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Alumni KMNS dengan kerjasama KMNS telah menjayakan slot Malam Bersama Alumni KMNS. Slot yang merupakan salah satu aktiviti tahunan didalam Minggu Orientasi telah diadakan di Dewan Serbaguna serta Dataran Perhimpunan..

Slot yang dijalankan secara forum telah dianggotai oleh 10 orang panel yang terdiri daripada :


  1. Nurain Farahana Syuhada Binti Mat Jais
  2. Nur Aziera Binti Abd Rani
  3. Muhammad Luqman Bin Hashim
  4. Muhammad Khairuddin Bin Zaidy
  5. Muhd Rifai Bin Ishak
  6. Nur ‘Atiqah Binti Edy
  7. Shahid Mukhlis Bin Ahmad Ghazilan
  8. Saufihazali Sholiholdin
  9. Mohd Ghazali Bin Ismai
  10. Haryanti Binti Mohd Affandi
Dua kumpulan panel terdiri daripada panel yang sudah berkerjaya serta panel yang masih belajar telah diwujudkan. Mereka bersilih ganti bercerita dan berkongsi pahit manis, suka duka pengalaman serta tips berguna kepada pelajar-pelajar baru yang akan menjalani setahun/dua tahun kehidupan sebagai pelajar KMNS 2011/2012.

Pihak Alumni KMNS berbesar hati dengan kerjasama dari pihak KMNS diatas kerjasama yang dijalankan, dan kami juga berbesar hati menerima jemputan dan undangan dari mana-mana pihak seperti Kolej Matrikulasi yang lain untuk menjalinkan kerjasama dengan kami.

Untuk pelajar baru KMNS 2011/2012, pihak Alumni KMNS sekali lagi ingin mengucapkan Selamat Datang ke KMNS dan semoga berjaya dalam mengapai cita-cita masing-masing. Doa restu dari Ibu bapa haruslah sentiasa dipinta agar hidup kita lebih berkat hendaknya. Amin.

Monday, May 16, 2011

Selamat Hari Guru!

BERBURU ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979


kami dari pihak AlumniKMNS ingin mengucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di luar sana terutama para pendidik di KMNS yang telah mencurahkan ilmu kepada kami semua Alumni sehingga jadinya kami sekarang.

Menuntut ilmu adalah sementara, menjadi murid adalah seketika.

Biarpun sejam kita menuntut ilmu,

Tapi sepanjang hayat ilmu menjadi pegangan.

Guru Adalah Selamanya...

Sila Jaga Keselamatan


kejadian 'Acidman' sedang menjadi hebahan masa ini dan rata-rata wanita di luar sana sedang dalam ketakutan. 'Fotofit' yang dikeluarkan pihak PDRM menunjukkan lakaran wajah suspek diingatkan kepada semua agar sentiasa berhati-hati di mana sahaja. apabila berjalan, pastikan anda menentang arus. pesanan khas dari AlumniKMNS

Thursday, April 28, 2011

Senarai Nama Fasilitator

senarai nama fasilitator alumni yang terpilih
(click to zoom)


Minggu pengurusan datang lagi. dan senarai di atas adalah nama-nama yang memohon dan terpilih untuk menjadi fasilitator semasa minggu pengurusan. bagi yang terpilih, laksanakan tugas dengan tanggungjawab,bagi yang tidak terpilih,jangan berkecil hati cuba lagi lain kali.

maklumat program
Lapor Diri
19 Mei 2011 - 10.00 pagi - 2.00 ptg

Keperluan
Pakaian formal(mengikut keperluan)
Kemeja batik (bagi lelaki)
kasut hitam
pakaian riadah
keperluan peribadi

Monday, April 25, 2011

Semoga Berjaya

musim peperiksaan datang lagi. semoga berjaya kepada semua sahabat-sahabat yang akan menghadapinya~!

Biasiswa, Pinjaman, Tajaan

Peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat ijazah adalah satu perkara yang amat bermakna bagi seseorang. dan untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tertinggi seringkali menjadi isu dari segi perbelanjaan dan kos. jadual di bawah adalah ringkasan kepada kos dan perbelanjaan bagi beberapa bidang jurusan di peringkat pengajian tinggi, awam dan swasta.

Bidang PengajianIPTA (RM min)

IPTS (RM min)

Sains Sosial dan Sastera 5,000 13,000
Ekonomi dan Perniagaan 5,350 14,500
Pendidikan 4,800 6,500
Undang-undang 5,500 10,000
Perubatan dan Pergigian 6,000 22,000
Kejuruteraan dan Teknikal 6,000 16,000
Teknologi Maklumat 4,800 14,500
Sains Tulen dan Gunaan 5,500 bergantung
Jadual menunjukkan jumlah perbelanjaan mengikut bidang.
(perbelanjaan adalah termasuk kos yuran pengajian, bahan pembelajaran, penginapan, belanja perjalanan dsb)


(Gambar menunjukkan surat tawaran pengajian ke Univesiti Malaya dengan menunjukkan jumlah bayaran keseluruhan PENGAJIAN iaitu sekitar RM32,000 dan jumlah perlu dibayar bagi satu semester adalah sekitar RM1,500 tidak termasuk penginapan dan perbelanjaan lain-lain.)

Selain JPA, Mara dan PTPTN terdapat juga pihak penaja korporat lain. Antaranya adalah Biasiswa Tunku Abdul Rahman. Jadual di bawah menyenaraikan beberapa senarai penaja dan maklumat mengenainya.



Penaja Kursus ditawarkan Maklumat Lanjut
Biasiswa Tunku Abdul Rahman
semua kursus di IPTA

Yayasan Tunku Abdul Rahman, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, Blok E12, Parcel E, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62505 Putrajaya. (Permohonan mesti dibuat melalui Timbalan Naib Canselor)


www.yayasantar.org.my

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah
semua kursus di IPTA

Lembaga Biasiswa Negeri Kedah, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Aras 3, Blok C, Wisma Darul Aman, 05503, Alor Star, Kedah

Yayasan Pelajaran Johor
semua kursus di IPTA
Pengurus Bantuan Pendidikan Pelajaran, Pengurus Besar, Yayasan Pelajaran Johor, No 12, Tingkat 1 Bangunan YPJ, Jalan Nuri Off Jalan Langkasuka, Larkin Jaya, 80350 Johor Baru.
Yayasan Pahang
semua kursus di IPTA
09-5181800, ypahang@yp.org.my
Yayasan Selangor
semua kursus di IPTA
www.yayasanselangor.org.my
Biasiswa Sultan Ismail Nasirudin Shah (Yayasan Terengganu)
syarat tertakluk
ww.ytrg.terengganu.gov.my
Anugerah Biasiswa HSBC
semua kursus di IPTA dan ijazah berkembar di IPTS
www.hsbc.com.my
Anugerah Biasiswa Maybank
mana-mana kursus diiktiraf JPA
www.maybank2u.com.my/maybankscholarshipprogram
Biasiswa Astro
kepada ijazah sarjana berkaitan media, penyiaran, antropologi dan sosiologi
www.astro.com.my/v5/astrolife/scholarship
Yayasan Sime Darby
Kejuruteraan, Perniagaan Perakaunan, Sains
Biasiswa Yayasan Sime Darby
Yayasan Telekom Malaysia
Kejuruteraan, Sains Komputer dan Teknologi Maklumat, Sains, Pengurusan, Multimedia

Unit Pentadbiran Biasiswa, Yayasan Telekom Malaysia, Aras 9 Utara, Menara Telekom, Jalan Pantai Baharu 50672, Kuala Lumpur


www.ytm.telekom.com.my


segala maklumat lengkap dan lebih banyak senarai boleh didapati di dalam buku 'Prospek: Panduan Pemilihan IPTA/IPTS' terbitan Team Prospek Kolej Kediaman Keempat Universiti Malaya.

sekalung penghargaan kepada Pengarah Prospek Bestari En. Mohd Akmal Zainol Abidin.

Thursday, April 21, 2011

Kehendak, Keupayaan atau Minat?

April kian tiba ke penghujungnya. Bermakna adik-adik yang berada di Program Satu Tahun Matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia akan melabuhkan tirainya. Setahun menghadapi cabaran pahit manis Program Matrikulasi akan menjadi kenangan buat selamanya. Program Matrikulasi adalah asas kepada lanjutan pelbagai lagi Ijazah Sarjana Muda. Awam atau swasta, tempatan atau luar negara. Pilihan kepada jurusan merupakan sesuatu yang selalunya menjadi isu dan kerunsingan buat mereka-mereka yang masih belum mempunyai pendedahan kepada jurusan yang ingin dipilih. Apakah yang menjadi faktor bagi pemilihan kursus atau jurusan yang dipilih?

Pointer atau PNGK semestinya satu faktor utama dan penting. Namun apakah faktor lain yang menjadi pengaruh?Kehendak, keupayaan atau minat?

Kehendak merupakan satu topik yang luas. Dan selalunya kehendak adalah faktor utama dalam memilih jurusan. Kehendak boleh dikategorikan kepada tiga. Kehendak peribadi, kehendak lingkungan dan kehendak persekitaran.
Kehendak peribadi secara amnya adalah cita-cita. Sejak kecil kita sudah acapkali ditanya apakah cita-cita kita bila dewasa nanti. Sedikit sebanyak pertanyaan ini akan terkesan di hati dan menjadi dorongan untuk mencapai kejayaan dan mencapai cita-cita itu. Kehendak peribadi adalah apa yang anda mahukan. Apa yang anda mahu jadi sesudah tamat belajar nanti. Dan adakah anda pasti setelah tamat ijazah anda nanti anda mampu mencapai cita-cita anda?
Kehendak lingkungan pula adalah pengaruh kehendak daripada mereka-mereka dipersekitaran. Ibubapa, kaum keluarga, sahabat dan ada juga yang menjadikan idola atau ikon mereka sebagai satu ikutan. Ada yang ibubapa yang begitu mengharapkan anaknya menjadi seorang doktor sebagai contoh tapi sedangkan cita-cita sendiri mahu menjadi seorang peguam. Ini sedikit sebanyak akan memberi kesulitan dalam membuat keputusan.
Kehendak persekitaran pula adalah adalah kehendak kerjaya semasa ataupun masa hadapan yang disebut 'Career Bloom' sebagai contoh ketika pertengahan 90-an jurusan IT menjadi popular apabila pasaran meramalkan negara memerlukan ramai pakar IT pada awal millennium. Perkara ini juga berulang lagi pada sekitar 2005 apabila jurusan Bioteknologi menjadi satu trend semasa apabila kerajaan memberikan dana dan prospek kerjaya yang luas dengan pembangunan Biovalley dan Biotech Corp.

Keupayaan pula berbalik kepada individu itu sendiri. Setiap individu dianugerahkan dengan keupayaan masing-masing yang tersendiri. Ada yang mempunyai keupayaan dalam bidang teknikal, fotografi, multimedia dan sebagainya. Tapi adakah dengan keupayaan sahaja cukup untuk menamatkan pengajian dan mendapat kerjaya yang menjamin masa depan. Pada kebiasaannya keupayaan seseorang jarang dimanipulasi dan digunakan sebagai kekuatan dan dibiarkan begitu sahaja. Sedangkan keupayaan diri jika digunakan dengan sebaiknya mampu membuat seseorang itu berjaya walaupun tanpa pengajaran dan pembelajaran secara formal.

Minat adalah suatu perkara yang klise. Sebagai contoh individu yang mempunyai latar belakang pendidikan teknikal tapi mempunyai minat dalam bidang pengurusan sumber manusia. Melanjutkan ijazah dalam bidang kejuruteraan tapi akhirnya memiliki kerjaya sebagai seorang pegawai sumber manusia walaupun tanpa kelulusan yang sepatutnya.

Semua ini adalah faktor yang seringkali mempengaruhi dalam membuat pilihan jurusan di IPT kelak. Kehendak, Keupayaan dan Minat. Dan apakah penyelesaian kepada perkara ini. Bagaimana mahu membuat keputusan dan pilihan yang tepat? Jawapannya terletak dalam diri anda sendiri. Tepuk dada tanya selera. Mengikut kehendak peribadi, ibubapa atau pasaran? Memanipulasi keupayaan diri yang dianugerahkan atau meneruskan minat pada sesuatu perkara? Walau apapun jurusan yang dipilih, ijazah itu akan kekal menjadi 'Hanya Sekeping Kertas' jika ianya tidak diisi dan dicoret dengan sempurna.

*Artikel dipetik dari majalah Aspirasi KPT*
Penulis adalah Alumni Program Matrikulasi Satu Tahun Kementerian Pelajaran Malaysia dan graduan Universiti Malaya dalam Ijazah Sarjana Muda Sains. Berpengalaman menjadi fasilitator minggu pengurusan, pelbagai program jati diri dan juga Biro Tatanegara.


NANTIKAN POST SETERUSNYA
*BIASISWA, PINJAMAN DAN TAJAAN*

Friday, January 21, 2011

PROMOSI!

Monday, January 17, 2011

Last Call!

Monday, January 3, 2011

UPDATED! REUNION ALUMNI KMNS 2011



REUNION ALUMNI KMNS 2011
TEMPAT: BAYU BEACH RESORT, PORT DICKSON, NEGERI SEMBILAN
TARIKH: 5-6 FEBUARI 2011

PAKEJ:
1. PENGINAPAN*:
1.1 BILIK STUDIO
1.1.1 RM 250 BESERTA SARAPAN UNTUK 2 ORANG (BERKAHWIN ATAU BUJANG), SEORANG RM 125

1.2 APARTMENT DELUXE 2 BILIK
1.2.1 RM 430 BESERTA SARAPAN UNTUK 4 ORANG (BERKAHWIN ATAU BUJANG), SEORANG RM 107.50
1.2.2 RM 550 BESERTA SARAPAN UNTUK 8 ORANG (BUJANG), SEORANG RM 69

2. MAKANAN:
2.1 MAKAN MALAM BBQ: RM50 SEORANG (LEBIH DARIPADA 20 JENIS JUADAH)**
2.2 MAKAN TENGAHARI: RM 10 SEORANG***

3. CENDERAMATA
3.1 BAJU PROGRAM: RM 10 SEPASANG***

* pilih salah satu
** wajib
***optional

Contoh pengiraan (bujang) : Pilih pakej 1.2.2 (RM69) + BBQ (RM50) + Lunch (RM10) + Baju (RM10) + Yuran Tahunan Alumni (RM10) = rm149

Sila berikan nama selewat-lewatnya 21 Januari 2011 untuk memudahkan proses pendaftaran hotel dan tempahan baju.

Segala bayaran boleh la disalurkan kepada :
Maybank No : 162487112642
Nama : Nor Alwani binti Amran
BAYARAN HENDAKLAH DISELESAIKAN SELEWAT-LEWATNYA 26 JANUARI 2011..

SILA ISIKAN BORANG DI BAHAGIAN
BORANG PENYERTAAN REUNION ALUMNI KMNS 2011 UNTUK MENGESAHKAN KEHADIRAN ANDA.
SEBOLEH-BOLEHNYA BAYARAN MESTILAH DISELESAIKAN SEBELUM MENGISI BORANG.

Jika ada pertanyaan sila tinggalkan di ruang komen..


*map to location*


tambahan info:
jika anda belum lagi mendaftar sebagai ahli Alumni KMNS, anda tetap dijemput untuk datang ke majlis ini. Disana pihak urusetia akan membuka kaunter pendaftaran untuk menjadi ahli Alumni KMNS.

Sebarang masalah bolehlah hubungi Muhammad Syazwanul Badri Bin Ruslan(Presiden Alumni) di 019-7753575