Tuesday, March 5, 2013

KMNS HOMECOMING DAY V2.0 : [ Annual's Grand Meeting @ AGM ]

         Annual Grand Meeting ataupun singkatannya, AGM adalah merupakan mesyuarat agung tahunan Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (PAKMNS) yang diadakan setahun sekali (mengikut kesesuaian masa), dimana antara objektifnya adalah untuk membubarkan jawatankuasa yang lama dan melantik jawatankuasa yang baru. Semasa AGM ini juga, jawatankuasa pelaksana alumni akan menceritakan segala aktiviti dan perjalanan PAKMNS sepanjang 2 tahun tempoh perkhidmatan mereka. Disamping itu juga, ahli-ahli PAKMNS yang lain dapat didedahkan tentang bagaimana jawatankuasa pelaksana PAKMNS melaksanakan kerja-kerja mereka, apa skop-skop kerja mereka dan bagaimana organisasi ini dilantik. Pada hari Jumaat, 15 Februari 2013 bermula pukul 8.00 malam dan berakhir pada pukul 11.30 malam, AGM ini telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya. Jawatankuasa pelaksana PAKMNS 13/15 kini terbentuk. Mesti tak sabar kan nak tahu siapa yang memegang jawatan-jawatan tersebut ? Manalah tahu, mungkin mereka salah seorang daripada kawan anda.. ^^ . Dalam entri kali ini, kami akan menceritakan tentang perjalanan mesyuarat agung tahunan PAKMNS ini yang berlangsung di DK6 (tak ingat nama barunya hehe) , KMNS. =)




Berapi-api tulisannya kan ? hehe

MC kita pada malam itu, abg Shameerul .

Juga merupakan Timbalan biro aktiviti luar jawatankuasa pelaksana PAKMNS 11/13 .

Inilah dia Presiden PAKMNS 11/13, Muhammad Ramadhan @ abg Don .

Ini pula Timbalan Presiden PAKMNS 11/13, Nurul Ain  @ kak Teja .

Logo baru PAKMNS .

Setiausaha Kehormat PAKMNS 11/13, Afzufira  Amran @ kak Yufi .

Bendahari Kehormat PAKMNS 11/13, Farahana Syuhada @ kak Fafau .

Pembentangan laporan aktiviti PAKMNS sepanjang 2 tahun oleh  kak Yufi
dan pembentangan  laporan kewangan oleh kak Fafau .

Pengenalan kad ahli PAKMNS .

Perasmian dan penyerahan kad ahli PAKMNS .  

Inilah antara jawatankuasa pelaksana PAKMNS sesi 11/13 .
# detik-detik pembubaran .

Memperkenalkan diri dan skop tugas masing-masing .

Kalau anda perasan, baju yang berwarna oren itu adalah
baju korporat rasmi untuk jawatankuasa pelaksana PAKMNS .

Akhirnya bubar juga bagi melantik jawatankuasa yang baru pula .
Terima Kasih dan syabas diucapkan kepada mereka semua yang telah bertungkus lumus
melaksanakan tugas masing-masing sepanjang 2 tahun tempoh perkhidmatan mereka ini .
Maaf juga dari kami andai melakukan sebarang kesilapan sepanjang perkhidmatan kami sebelum ini.
# gonna miss these team a lot ! T_T

Kini tibanya perlantikan jawatankuasa pelaksana PAKMNS yang baru iaitu bagi sesi 13/15 !
# ini adalah antara calon-calon presiden yang dicalonkan. agak-agak siapa yang menang ya ? ^^

Tahniah diucapkan kepada abg Ghazali @ abg Gentz atas kemenangan beliau
untuk jawatan Presiden PAKMNS 13/15 ini !

Timbalan Presiden PAKMNS 13/15, abg Bad .

Eh, Sofi Jikan ? haha. Naib Presiden 1 PAKMNS 13/15,
Camad @ Sofi Jikan KMNS (gurau-gurau hihi ) .

Lagi sekali dilantik. Tahniah Kak Nor !
# Naib Presiden 2 PAKMNS 13/15 .

Setiausaha PAKMNS 13/15, Farhah .

Lagi sekali dilantik.
Kini kak Yufi sebagai Timbalan Setiausaha PAKMNS 13/15 .

Bendahari PAKMNS 13/15, abg Nazzrin @ atok .

Timbalan Bendahari PAKMNS 13/15, kak Wani .

Antara alumni-alumni yang hadir . 

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #1

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #2

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #3

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #4

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #5

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #6

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #7

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #8

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #9

Antara calon-calon yang betanding bagi biro-biro . #10

p/s : siapakah diantara mereka yang terpilih untuk biro-biro tersebut ?
tunggu...

Wajah-wajah gembira mereka 

Peace !

Main apa tu adik oi hehe .

Undi jangan tak undi .

Adik-adik yang manis .

Setia mengundi hingga ke akhir .

Jadi, inilah dia Jawatankuasa Pelaksana PAKMNS 13/15 yang baru dilantik !
Selamat menjalankan tugas dengan baik dan ikhlas ya kawan-kawan semua .
Best of luck ! =)


Tiba-tiba selepas jawatnkuasa yang baru telah dibentuk, tanpa disangka-sangka ada kejutan daripada Majlis Tertinggi jawatankuasa pelaksana PAKMNS 11/13 iaitu...penyampaian anugerah kepada ahli jawatankuasa yang paling berdedikasi sepanjang 2 tahun perkhidmatan mereka yang lalu. 3 orang ajk telah dianugerahkan dengan anugerah ini. Anugerah telah disampaikan oleh bekas Presiden PAKMNS, abg Don dan bekas Timbalan Presiden, kak teja. Nak tahu siapa yang dapat ? ^^

Yang pertama Kak Adilah Malek (tiada gambar) ,
sebelum ini memegang jawatan sebagai Ketua Biro pendaftaran PAKMNS 11/13.
Yang kedua pula diberi kepada Kak Atiqah Razaob @ kak Nor (dalam gambar) yang sebelum ini
memegang jawatan sebagai Timbalan Biro pendaftaran PAKMNS 11/13.

Yang terakhir sekali diberi kepada Maisarah Abdul Aziz @ Sarah Maira (FB) ,
sebelum ini memegang jawatan sebagai Timbalan Biro IT dan Informasi PAKMNS 11/13 .

Sebagai penutup, abg Gentz menyampaikan
amanat beliau pada semua alumni yang hadir... =)





# picture credits to : Fadzlan Syahidi, Firdaus Mk, Pat Ab Rahman, Zhafran Zulkifly, Ahmad Sabree Abdul
                                 Basit, Hammad Dali, Nur 'Atiqah Edy, Fatira Kudus .


gambar-gambar lain boleh lihat disini : Official Page Persatuan Alumni KMNS .

next entry : The most wonderful event ever...lot of smiles and tears...KMNS HOMECOMING DAY V2.0 ! 

Never get tired of doing little things for others...sometimes, those little things occupy the biggest part of their HEARTS...

















































0 comments:

Post a Comment