We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Saturday, December 8, 2012

One Day Without Vehicle USMKKj

"We are from 3rd year student School of Chemical Engineering USMkkj will organize a campaign 'One Day Without Vehicle' around the engineering campus on Monday (10/12/12). This for our Environmental Project. Come lets join and support us!!! Thanks!!!"

Link Invitation Event: One Day Without Vehicle Campaign


Komen salah seorang daripada pelajar USMKKj (Bukan alumni KMNS pastinya),



Pasti ramai yang tidak tahu bahawa 22 September merupakan Hari Tanpa Kereta Sedunia (World Car-Free Day). Pernah anda bayangkan hari tanpa kenderaan utama dunia ini di jalan-jalan besar? Hari bebas kereta yang pertama telah diadakan pada bulan Februari 2000 dan menjadi diinstitusikan melalui referendum awam. 

Penganjuran program ini telah diadakan di beberapa bandar-bandar dan negara, seperti US, Mexico dan Indonesia. Kota Bogotá merupakan pemegang rekod "the world's largest car-free weekday event" dengan sambutan acara meliputi keseluruhan bandarnya. Hebatkan?

Di Malaysia jangankan Vehicle-free Day, Vehicle-free Zone pun takda. Laluan penjalan kaki pun kena sebat dek motorsikal. Apa pun tak boleh! *sigh*

Sebenarnya hari tanpa kenderaan bermotor ini telah pun dijalankan di Malaysia, yakni di Pulau Pinang. Seperti pada tahun lepas (2011), Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) melibatkan jalan Lebuh Pantai, Lebuh Bishop, Lebuh Gereja dan Gat Lebuh Gereja. Papan tanda lalu lintas dan arahan lencongan juga dipasang di jalan terbabit bagi memudahkan laluan orang ramai. Kesemua jalan ini akan ditutup bermula pukul 7 pagi hingga 5 petang pada hari berkenaan. MPPP juga menyediakan tempat letak kereta bertingkat percuma disediakan pada hari tersebut.

Pada tahun ini, USMKKj pula menyahut cabaran mengadakan program seperti ini. Salah satu usaha yang bijak untuk memupuk kesedaran bermula daripada golongan pelajar. Pulau Pinang sekarang ini pun memang sesak sangat tambah-tambah waktu balik kerja. Kalau ada sistem LRT macam KL mesti gempak.  So Kuala Lumpur dan Johor Bahru, bila lagi? HAHA *tak dapat bayangkan*


Lagi artikel mengenai Car-Free Day:
http://www.colby.edu/personal/t/thtieten/air-mex.html [One Day Without a Car, Mexico City]

Friday, December 7, 2012

Buku Jalanan UiTM Kampus Bandaraya Melaka

Oleh: Buku Jalanan Dataran Pahlawan
Slot Tambahan : Bacaan Puisi Untuk Gaza dan Busking Sambil Menderma
Tempat : Sekitar Bazaar YES dan perkarangan parking kereta UiTM KBM
Tarikh: 8 Disember 2012 (Sabtu)
Masa : 4.30-7.00 petang

Pameran dan bacaan buku masih berjalan seperti biasa seperti edisi buku jalanan sebelum ini. Kepada sesiapa yang berminat untuk menyampaikan puisi untuk slot tambahan Puisi Untuk Gaza, sila hubungi kami melalui nombor telefon, 0135245633 ATAU 0174962799 ini untuk pendaftaran nama.

Anda digalakan membaca karya penulisan puisi sendiri mahupun dari mana mana sumber puisi yang bertemakan isu kemanusiaan di Gaza. Bagi yang mempunyai bakat bermain alat muzik atau menyanyi anda dijemput untuk berbusking,sama juga sila beri nama.Semasa slot bacaan puisi dan busking kami akan mengutip derma daripada mereka yang hadir dan akan disalurkan kepada;


Aman Palestin
Maybank: 562263010787
Bank Islam: 12029010047880
Cimb Islamic: 12150001242107
Bank Muamalat: 12070005133717

Tabung Haluan Palestin
Bank Islam: 14023010034292
Maybank: 564490208528

Aqsa Syarif Berhad (http://www.aqsasyarif.org.my/)
Maybank Islamic: 551575004299
Bank Islam: 12092010034904

Sumber: Facebook Fanpage Aqsa Syarif
Bacaan puisi dan busking akan bermula selepas solat asar. Melalui puisi kita sampaikan doa kita untuk mereka yang berada di Gaza. Kepada sahabat-sahabat yang bukan beragama Islam dan berminat untuk menyampaikan puisi kemanusiaan, kami juga galakkan untuk menyertai hari yang istimewa ini. Semoga dengan ini dapat mengeratkan lagi kasih sayang kita sebagai manusia.

Bersama ilmu dan kemanusiaan. Puisi dan Muzik Untuk Gaza, doa kita untuk mereka. Insyallah.

NOTA KAKI: Sebahagian admin program tidak berada di sekitar Melaka jadi bilangan buku yang tinggal adalah sangat sedikit. Oleh yang demikian, sesiapa yang ingin berkongsi buku mereka untuk dijadikan bahan bacaan umum pada hari ini boleh bawa bersama, ilmu lagi kita kongsi lagi manis bukan? *smile*

Thursday, December 6, 2012

Negeri Sembilan Bandaraya Pintar


Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan
SEREMBAN, 05 Dis. – Negeri Sembilan melalui agensi sehenti ICT, Rangkaian Minang (NS) Sdn. Bhd (RMNS), telah terpilih sebagai salah satu daripada 30 bandar di dunia untuk menerima geran program ini dan satu-satunya di Malaysia dalam persaingan global yang dianjurkan oleh International Business Machines (IBM) Corporation iaitu program ‘Smarter Cities Challenge.’

Sebanyak 500 bandaraya telah disenarai pendek oleh IBM Corporation (IBM) dan di Malaysia terdapat dua lagi negeri lain yang telah bersaing untuk mendapat geran ini iaitu Wilayah Iskandar dan Cyberjaya.
Pemberian geran bernilai US$400,000 ini adalah meliputi akses kepada beberapa pakar terkemuka IBM yang akan menganalisis dan mencadangkan cara-cara untuk meningkatkan penyampaian perkhidmatan oleh pentadbiran negeri.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Haji Hasan berkata, pengiktirafan yang diberikan oleh IBM ini menjadikan Negeri Sembilan sebagai bandaraya yang mempunyai potensi besar dan struktur pembangunan dilihat berkonsepkan teknologi hijau dan perhubungan media yang baik.
Jelas beliau lagi, terdapat beberapa langkah dalam pembangunan ICT ini yang diambil supaya Negeri Sembilan dibangunkan dengan ICT yang mampan. Pembangunan fizikal juga akan mengikut pelan yang dirancang.


“Penganugerahan Geran Smarter Cities Challenge oleh IBM Corporation ini akan memberi kesan positif untuk melaksanakan pelan tindakan Negeri Sembilan ICT Strategic Plan (NSISP). Ianya amat membanggakan dan pengiktirafan pemberian geran ini adalah di atas inisiatif ICT yang disediakan Negeri Sembilan,” ujar beliau kepada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri, hari ini.

Terdahulu, Menteri Besar turut berkesempatan bergambar bersama Persatuan Tai Chi Qi Gong 18 Gaya Fasa 6, Taman Seremban Jaya, Seremban.

Oleh : Ainaa@n9kini.com

Sunday, December 2, 2012

Kenapa Harus Matrikulasi?

*Sebab bukan Politeknik, Kolej Mara, Diploma mahupun Tingkatan 6! Hiks.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Dukacita dimaklumkan bahawasanya permohonan ke Kolej Matrikulasi KPM sesi 2013/2014 telahpun ditutup pada 30 November yang lalu. Sesiapa yang tidak sempat atau tidak mahu memohon kemasukan ke matrikulasi memang tersangatlah rugi. Kenapa rugi? Boleh tanya pada yang pernah merasa kehidupan di matrikulasi.

Kenapa tak mohon?OK, ini isu yang sangat serius. Lebih serius daripada kes hilang selipar di masjid. Saya pasti jawapan klise untuk soalan ini pastinya,

"Saya rasa result SPM saya nanti tak bagus punya. Saya dah tilik dalam air nujum Pak Belalang."

"Masa beli no pin BSN, saya tersedar duit saya hanya ada RM5.90 dalam poket. Tak cukup lagi seposen."

"Saya tak bayar broadband. Cyber cafe pun tak bukak. Time cyber cafe bukak, hujan pulak."

"Result saya bagus! No pin pun dah beli! Line internet laju sangat! Tapi masa nak mohon tu, rupanya permohonan dah tutup. Sedih sangat." 

Dan seribu satu alasan lagi.

Tahukah anda, apakah Kelayakan Minimum Akademik ke program matrikulasi ini?

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun ialah seperti berikut :

(1) Jurusan Sains (M001)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Kimia
  • B dalam Matematik
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik atau Biologi
(2) Jurusan Perakaunan (M003)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Matematik
  • E dalam Matematik Tambahan
  • C dalam dua mata pelajaran daripada Prinsip Perakaunan, Ekonomi Asas, Keusahawanan, Perdagangan, Sains Tambahan, Fizik, Kimia, Biologi atau Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan/ Lukisan Kejuruteraan)
(3) Aliran Teknikal (M007)
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik Tambahan dan Fizik
  • B dalam Matematik
  • E dalam Kimia
  • C dalam satu mata pelajaran daripada Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik atau Teknologi Kejuruteraan
Perlu diingatkan kelayakan di atas merupakan kelayakan MINIMUM, biasanya pihak Matrikulasi akan memilih mereka yang mempunyai keputusan yang cemerlang dan memenuhi mata merit yang ditetapkan. Jangan bertegang urat pula dengan saya. Sila buat search “mata merit matrikulasi” dan baca komen-komen yang terdapat di kategori Matrikulasi untuk lebih memahaminya. Mereka yang gagal mendapat tawaran mengikuti Program Matrikulasi Satu Tahun akan dipertimbangkan bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun.

Syarat kelayakan minimum bagi mengikuti Program Matrikulasi Dua Tahun ialah seperti berikut :
  • C dalam Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Kimia
  • D dalam Matematik Tambahan
  • C dalam salah satu mata pelajaran daripada Fizik / Biologi / Mata Pelajaran Teknik (Pengajian Kejuruteraan Awam / Pengajian Kejuruteraan Mekanikal/ Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik / Teknologi Kejuruteraan)

Saya yakin, pada alumni kita yang zaman matriknya sudah puluhan tahun berlalu pun masih tak tahu perkara ini. Kerana saya juga merasainya. HAHA Terima kasih Encik Google!

Ok, kita abaikan seketika isu debat "Kenapa Matrikulasi?", terutamanya KMNS yang best lagi awesome tu. Sekarang ini mesti adik-adik lepasan SPM sedang riang-ria bercuti di rumah. Tak lama lagi sibuk pula menyiapkan barang keperluan untuk mendaftar masuk ke institusi pengajian tinggi. Tak kisahlah sama ada sambung diploma ke, matrikulasi ke, kemahiran ke or so what ever. Janji sambung belajar. Jangan terhenti di tingkatan lima sahaja, sebab potensi diri belum digilap sepenuhnya lagi. Rezeki ada dimana-mana dengan usaha.
You are what you think. If you think you are a loser, then you are a LOSER. 
But if you think you are the best, then you are the BEST of yourself. 

Penulisan oleh,

Thursday, November 1, 2012

Selamat ???

*Sebelum itu, Admin ingin meminta maaf diatas kelewatan mengemaskini blog ini.

Hai semua! Apa khabar? Sihat? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Ada beberapa perkara yang sudah berlaku dan sedang berlaku sepanjang akhir bulan Ogos, bulan September dan Oktober pada tahun 2012 ini,
"Selepas taufan itu adanya pelangi"
Terdahulu :
1. Selamat Menyambut Aidilfitri & Aidiladha untuk semua saudara seIslamku ~


2. Selamat menempuh musim yang baru di Universiti kepada semua Alumni! lebih-lebih lagi untuk lepasan matrikulasi sesi 2011/2012 yang akan memulakan kehidupan baru di alam Universiti ini. Semoga berjaya ya semua!

3. Selamat menempuh UPS(Ujian Pertengahan Semester) bagi Pelajar-pelajar KMNS sesi 12/13. =)
Best of luck in everything you do!

Terkini :
1. Selamat Menduduki PSPM 1 bagi semua pelajar matrikulasi. Jawab sebaik mungkin. Teruskan usaha dan
    jangan sesekali mengalah. ~Usaha~Doa~Tawakal~ Kami semua sentiasa doakan kejayaan adik-adik
    semua di matrikulasi. Best of luck oke! =)
Jadual PSPM1 bagi Pelajar PST
2. Selamat bercuti pertengahan semester kepada semua alumni yang menuntut di Universiti. Sentiasa jaga diri dimana sahaja anda berada ok. Jangan lupa 'buka buku' pulak tau! hehe.
Jangan bukak je, baca sekali tau!

Hai November !
Semoga berjaya diucapkan kepada semua kontinjen KAKOM KMNS 2012 yang akan bertanding pada 7 hingga 9 november ini di KMK nanti. Kami sebagai senior akan sentiasa menyokong adik-adik~ ^_^

Warm up dulu sebelum mula games hihi..
Untuk alumni yang lain pula, teruskan usaha anda dan tingkatkan usaha anda juga sebagai persediaan untuk peperiksaan akhir semester pada bulan 12 nanti. Tinggal lagi sebulan je ni huhu T_T. Get ready ok everyone!


Apa-apa sekalipun, jangan mengalah ya! Teruskan usaha kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Yang paling penting sekali niat tu mesti betul, semua yang kita lakukan kerana Allah Taala. Berserahlah pada-Nya... So whatever happens, even the thunder strike your heart, please always keep smiling! =) 


Friday, August 10, 2012

Salam Ramadhan 1433 H.

Kini sudah tiba di fasa terakhir bulan Ramadhan pada tahun ini iaitu 10 malam yang terakhir. Tahukah anda apa keistimewaan 10 malam terakhir bulan Ramadhan ini?


Rasulullah S.A.W bersabda :

تحرَّوْا لَيْلَةَ الْقَدْرِ فِي الْعَشْرِ الأَوَاْخِرِ مِنْ رَمَضَاْنَ
"Carilah lailatul-Qadar pada sepuluh malam terakhir dari bulan Ramadhan"
(Riwayat Imam Bukhari dan Muslim dari Saidatina Aisyah R.A) 


Surah al-Qadr :


إِنَّا أَنْزَلْنَاهُ فِي لَيْلَةِ الْقَدْرِ {1} وَمَا أَدْرَاكَ مَا لَيْلَةُ الْقَدْرِ {2} لَيْلَةُ الْقَدْرِ خَيْرٌ مِنْ أَلْفِ شَهْرٍ {3}
 تَنَزَّلُ الْمَلَائِكَةُ وَالرُّوحُ فِيهَا بِإِذْنِ رَبِّهِمْ مِنْ كُلِّ أَمْرٍ {4} سَلَامٌ هِيَ حَتَّىٰ مَطْلَعِ الْفَجْرِ {5


"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (al-Quran) pada malam al-Qadr [1] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [2] Malam al-Qadr itu lebih baik dari seribu bulan [3] Pada malam itu para malaikat dan Roh (Jibril) turun dengan perintah Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang telah diputus oleh Allah) [4] Sejahteralah malam itu hingga fajar menyinsing [5]"  

Rasulullah S.A.W bersabda lagi,

"Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada dosa-dosa yang telah lalu."


sumber : iluvislam.com

Wednesday, July 25, 2012

Kem Bina Insan, Mersing [Ep.5]




Ahad, jam 10.30 pagi itu maka tamatlah program Kem Bina Insan UPSR 2012 bermula 13 sehingga 15 Julai 2012. Dalam majlis perasmian penutup tersebut, adanya acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan ucapan serta kata penghargaan daripada Tuan Pengetua SK Tenggaroh 6, Puan Pengarah Program KBI sendiri, dan beberapa lagi tetamu VIP jemputan kita. Sememangnya mereka melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan program selama 3 hari 2 malam ini. Satu lagi kejayaan bagi PAKMNS.





Dalam suka ada duka. Dalam pertemuan ada perpisahan. Kemuncak majlis, para fasilitator bersama para peserta menyanyikan lagu tema program KBI tengahari tersebut, Kami Boleh dan Jalinan (UNIC). Pasti mereka akan merindukan saat-saat ini. Saat dimana kepahitan perah tenaga dan keringat mereka menjadi satu kemanisan ukhwah dan kenangan terindah.

Sijil penghargaan daripada Guru Besar SK Felda Tenggaroh 6
Sesi bersalaman dan bermaaf-bermaafan antara fesi dan para peserta
Oh mari kita jalinkan kasih sayang sesama insan

*****

That's how we do it!


APA KATA MEREKA?
**Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat







Mereka dah merasa. Anda bila lagi? Alumni bukan kita dengan rakan praktikum kita. Alumni bukan kita dengan kenalan kuliah kita. Alumni menjalin kebersamaan kita, KMNSianz. Jumpa anda di program akan datang. Sekian, wassalam.


Tuesday, July 24, 2012

Kem Bina Insan, Mersing [Ep.4]

Pagi Sabtu itu, seusai solat subuh berjemaah dan senaman pagi yang dihandle oleh Abang Long kita, Abang Bad bermulalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti yang dirancang. Saya sentuh disini untuk LDK besar, "Bandar Impian". Melalui LDK seperti ini, peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. Selain itu, mereka dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. Memang meriah dan menyeronokkan.

Berkumpul di dataran perhimpunan untuk senam pagi.
Ini bukan TATU. Transfomasi labah-labah gergasi mungkin.
Peserta juga didedahkan dengan "presentation" hasil kerja kumpulan.
Chachacha .. Mengisi slot senam pagi KBI.
Penjaga masa. Pecah gegendang telinga di 'heller'kannya.
Bina menara tertinggi: Bangunan bertongkat diumumkan sebagai pemenang.
Bandar Impian. Memang kreatif adik-adik kita. 
Kem Komander II turut turun padang bersama para peserta KBI.
*drama je tu ..
Kemeriahan dan keseronokkan KBI berterusan ke aktiviti sukaneka, yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana slot sukaneka pada petang Sabtu kami. Banyak hadiah menarik ditawarkan. Bukan sahaja para peserta kita saja dapat bermain untuk menang hadiah, fasilitator pun tidak ketinggalan memberikan saingan sengit dalam sukaneka kategori orang tua dewasa. Banyak jugalah hamper kami bolot mengalahkan team orang kampung dan team UTM sendiri, termasuk Naib Johan terompah gergasi (dengar cerita ex-KMNS juga yang bikin terompah ni), Johan (L) dan Naib Johan (P) galah panjang dan baling batu selipar. Semangat tak semangat? Hebat tak hebat? Cekidot gegambar dibawah.

Baling belon 'Sehati Sejiwa'.
Tak cukup sehati sejiwa Kak Mia dan Kak Faa kita sambut belon. Kalah!
Walaupun lambat berlepas di garisan permulaan ..
Team galah panjang PAKMNS tidak menghampakan.
Jaguh galah panjang kita, Abang Fifi.
"Kalau boleh saya mahu sampai ke SUKMA," katanya dengan bersemangat.
Kemain gigih lagi main Langkah Terapung, lepas tu cramp. Apapuntakboleh!
Team pom-pom girls kita. Suara mereka semangat kami, gittew .
Malam Sabtu kami pula diserikan lagi dengan Malam Sinar Gemilang (persembahan pelajar). Ada sketsa dan juga nyanyian. Perasaan seperti tonton teater kanak-kanak pun ada. Hehe .. Pelbagai telatah dan kerenah melucukan sepanjang majlis berlangsung, dari peserta sendiri dan fasilitator kumpulan merangkap "jurulatih" kepada kumpulan tersebut. Berpeluh jugalah kakak dan abang fesi di tepi pentas tatkala adik-adik kumpulan mereka sedang melakukan persembahan. 

Untuk sketsa yang bertemakan murid yang bakal menghadapi UPSR, ada yang bagus dan begitu menghayati watak yang dibawa. Ada juga yang sampai tidak terluah dialognya, tidak ketinggalan yang ingat-ingat lupa dialog sehingga kawannya terpaksa ingatkan. Tidak kurang juga dengan nyanyian. Para juri jemputan pun tak putus-putus tersenyum menyaksikan gelagat mereka dipentas.

Juri 'profesional' kita. Ada gaya juri Akademi Fantasia kan? Hee
Bukan saja peserta, fesi kumpulan pun berdebar menanti giliran persembahan.
Sketsa daripada kumpulan ANGSA! Ang.. Ang..
Kumpulan darah gemuruh.
Abang Kakak fesi pun turut naik ke pentas beri semangat.
Team fasilitator tidak ketinggalan membuat persembahan penutup.
*Pelakon utama over sangat uolss!
Dalam gembira dan suka tu pasti ada keperitan dan dukanya. Pada awal program lagi, setiap peserta diberikan sebiji telur setiap orang sebagai barang amanah untuk dijaga. Peserta yang gagal menjaga barang amanahnya, samada pecah atau hilang akan di'UPGRADE'kan barang amanahnya itu kepada tayar basikal (hari pertama), batu-bata (hari kedua) dan buah kelapa (hari ketiga). Gigih jugalah skuad runner kami mencari batu-bata dan mengait buah kelapa kerana stok yang diperuntukan tak mencukupi. Semakin hari semakin banyak pula telur yang pecah. Bau telur tak payah cakaplah. Dah lali.

Upacara penyerahan barang amanah.
Belajar cara hidup orang FELDA.
Dah pecah/hilangkan barang amanah, ini makan dia!
Ini 'barang amanah' untuk kami. Yeay!
Sebakul besar otak-otak Mersing sebagai penutup tirai Sabtu.
The Upcoming Entry: Air mata kegembiraan VS Air mata kesedihan. Nantikan episod terakhir entri KBI UPSR 2012.