We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

They drop bombs, We drop doa's #PrayForGaza

"What is happening in Gaza is not just an issue for Muslims, rather it is an issue for humanity."

“Never say never!” - Justin Bieber

Kepada seluruh warga alumni KMNS yang berada di seluruh pelusuk dunia, walau apa jua anda lakukan: ALL THE BEST!

Perpustakaan Pendeta Za'ba, Dataran Pepatih dan Astaka Sri Minang

Sekitar kawasan utama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Masihkah kau ingat?

KMNS Homecoming Day v2.0

Moh dogheh ko Kuala Pilah! Copek kobakan pado kawan-kawan, kito komeh satu Kemenes. Datang jang datang.

Tuesday, January 31, 2012

Pengarah KMNS: Dulu sehingga Kini

Sahabat-sahabat sekalian.

Tahukah anda mengenai pengarah-pengarah kita yang pernah dan yang sedang menerajui pentadbiran di kolej kita yangg tercinta, KMNS? Masih igtkah anda tentang mereka? Berikut adalah senarai mantan2 pengarah dan pengarah yg kini berkhidmat di KMNS. Di atas jasa2 mereka inilah, KMNS kini telah menjadi sebutan ramai, disegani dan juga dipandang tinggi oleh semua orang. Tahniah dan syabas diucapkan kepada mereka yang berjasa. Terima kasih utk sgalanya. Jasamu akan sentiasa kami kenang... :)




1. Tuan Haji Mohamed Zon bin Ramli

(1/1/2000-31/10/2001)










2. Tuan Haji Fahmi bin Mohd Yusof.

(1/11/2001-24/12/2003)









3. Tuan Haji Salleh bin Abdul Karim.

(16/1/2004-31/10/2007)









4. Encik Ismail bin Sulaiman.

(1/6/2005-31/3/2006)










5. Tuan Haji Awang Hambali bin Haji Awang Hamdan.
(1/4/2006-16/12/2009)









6. Tuan Haji Ahmad Foa'ad bin Hashim.

(1/3/2010-29/9/2011)









7. Haji Darman bin Othman.

(30/9/2011-sekarang)






p/s: Yang mana satukah pengarah anda? ^^

**Sumber: KMNS & one of our sensei.

Saturday, January 21, 2012

MiNi KaKoM 11/12~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. sblum tu saya ingin mmohon maaf atas kelewatan meng'update' blog alumni ini(disbbkan faktor2 tertntu). maaf lg skali. ok, mari kita bermula dgn aktiviti yg diadakan di KMNS baru2 ini iaitu MINI KAKOM! korg semua igt lagi pasal MINI KAKOM ni? saya rasa stiap alumni ade kenangan terindah msing2 masa aktiviti ni kan? yela mana taknya aktiviti ni jgak mengingatkan kita pd hari sukan di sekolah dlu kan? hehe. sprti yg anda sedia maklum MINI KAKOM ni adelah sebahagian drpd aktiviti yg diadakan oleh UNIT KOKURIKULUM KMNS. MINI KAKOM adalah singkatan drpd MINI KARNIVAL KOKURIKULUM. aktiviti ini telah diadakan bermula pd Selasa,17 Januari 2012 dan dgn jayanya tamat pd Khamis,19 Januari 2012. berikut adalah keputusan rasmi bg MINI KAKOM sesi 11/12:


p/s: nmpknya seperti batch yg lepas,batch 10/11..negeri 2 menjadi johan lagi utk batch kali ni! tahniah negeri 2! dan tahniah jgak pd semua yg terlibat menjayakan MINI KAKOM ni. ~majulah sukan untk negara~ :)

Sunday, November 27, 2011

Salam Maal Hijrah

Di awal tahun baru hijrah,
Ku sujud menghambakan diri pada-Mu,
Hati terus merintih mengenangkan dosa lalu,
Kotornya diri dengan maksiat dan noda,
Lemahnya jiwa berdepan dengan dunia,
Lalainya diri dari mengingati-Nya,
Astaghfirullahal 'adzim....
Banyaknya kekurangan diri,
Ampuni hamba-Mu ini Ya Allah.
Aku sedar,
Jiwa yang tandus taqwa,
Terdorong lakukan apa sahaja,
Sanggup menentang arus kehendak Ilahi,
Yang difikir hanyalah untuk kepuasan diri,
Maka, pabila dosa telah larut,
Gelaplah hati, kotorlah jiwa, murunglah diri,
Itulah fitrah sang pendosa,
Yang leka dari pencipta-Nya.
Namun, bila iman hadir di jiwa,
Mata hati mula bekerja,
Baru kusedar, betapa diri jauh dari-Mu Tuhan,
Asyik sibuk untuk dunia,
Hinggakan solat sering kutunda,
Al-Quran pun malas dibaca,
Lidahku kotor dengan kata-kata dusta,
Mata ini tak kujaga dari perkara dosa,
Telinga ini mendengar apa yang tak sepatutnya,
Kaki ini sering melangkah ke tempat lagha.
Ya Allah,
Jauh sekali diriku dengan peribadi kekasih-Mu,
Kau teladan terbaik bagi seluruh umat,
Ingin sekali aku mencontohi peribadimu, Rasulullah
Meskipun dirimu suci tanpa dosa,
Solat malam tidak pernah kau lupa,
Munajatmu di tengah malam jadi rutin harian,
Pengharapanmu pada Tuhan terlalu tinggi,
Sedang aku???
Seorang hamba yang penuh dosa....
Solat fardhu pun kurang dijaga,
Apatah lagi solat malam sepertimu, Ya Nabiyullah.
Sungguh,
Aku ingin berubah,
Menjadi seorang hamba-Mu yang taat,
Aku takut akan azab kubur,
Aku gerun dengan dahsyatnya neraka-Mu,
Dan kurindukan nikmat syurga.
Jadi,
Kupohon padaMu wahai Tuhan,
Campakkan ke dalam hati ini niat yang tulus,
Ingin sekali aku berdiri di hadapan-Mu dengan jiwa yang tunduk,
Ingin sekali aku rukuk pada-Mu dengan hati yang pasrah,
Dan ingin sekali ku sujud ke hadhrat-Mu dengan punuh kehambaan,
Ya Rahim,
Sucikan hatiku dari sifat munafik,
Sucikan amalku daripada riyak,
Sucikan lidahku daripada dusta dan mataku dari khianat,
Jadikanlah diriku seorang anak yang solehah,
Yang bisa mendamaikan hati Ummi dan Abiku,
Jadikanlah diriku seorang mukminat solehah,
Kerna mukminat solehah itu lebih cantik dari bidadari syurga.
Dan...
Kurniakan aku kesabaran untuk menunaikan ketaatan pada-Mu,
Anugerahkan aku kesabaran dalam meninggalkan maksiat pada-Mu,
Jadikanlah hati ini hati yang sentiasa mengingati-Mu,
Agar dapat ku miliki sekeping hati yang tenang,
Jauh dari hasad dengki dan kepalsuan dunia,
Hadirkanlah cintaku kepada-Mu mengatasi segalanya,
Agar Kau temukan hati yang terbaik buat diriku.
Moga dapat kukecapi, kebahagiaan yang hakiki,
Suatu hari nanti...
Amin....
Sumber: iluvislam


Saturday, November 19, 2011

KAKOM 2011~


Karnival Kokurikulum atau lebih dikenali sbg KAKOM yg bermula pd 11 Nov,Jumaat telah melabuhkan tirainye pd 16 Nov iaitu pd hari Rabu yg lepas. Pada edisi yg ke 11 ni, KAKOM telah diadakan di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR(KMS), banting. Pada tahun ini pula KMNS berjaya mengutip 3 emas(badminton perseorgn wanita,badminton beregu wanita dan skuasy wanita),2 perak(bola tampar lelaki dan wanita) serta 3 gangsa(bola sepak,tenis beregu lelaki dan olahraga-1oom lelaki). KMNS juga mendapat emas dlm acara badminton pegawai yg disertai oleh pensyarah2. Kesuluruhan, jumlah pungutan mata KMNS sebyk 51 mata dan KMNS di tempat yg ke5 dibelakang KM Labuan,KM Johor,KM Perak dan KM Kedah. Tahniah dan syabas diucapkan pd seluruh warga KMNS 11/12 atas usaha terbaik anda. Destinasi seterusnye iaitu KM Kedah pd tahun hadapan. Smoga pencapaian KMNS bertambah lebih baik untuk KAKOM edisi ke12 selepas ini :)



Sunday, November 6, 2011

SaLam EiD aL-aDHa C:

salam aidiladha buat semua warga alumni KMNS, warga KMNS dan juga semua umat ISLAM di dunia ini. Bersama kita mengingati dan menghayati erti pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail a.s.

"Dari Aisyah r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Berkorbanlah kamu dengan hati yang redha, sesungguhnya tiap-tiap muslim yang menghadapkan sembelihannya ke arah kiblat, maka darahnya, kotorannya dan bulunya itu adalah kebajikan dan bakti kepada timbangannya pada hari kiamat."
(al-Baihaqi)

~May all our struggles and sacrifies be rewarded with ALLAH's blessings~

Saturday, October 15, 2011

Para Sahabat~ Selamat Menghadapi Peperiksaan!

kepada adek2 di KMNS yg akan menghadapi PSPM1,sahabat2 seangkatan dan senior2 yg akan menghadapi ujian pertengahan semester, semoga berjaya. belajar bersungguh2 dan buat yg terbaik ketika exam. tenangkan fikiran dan hati ketika menjawab soalan. buat yg terbaik kemudian berserah,bertawakal dan berdoa padaNya agar kita semua memperolehi keputusan yg lulus dgn cemerlang,amin...

"sekuat manapun godaan yang kita hadapi,
sekuat apa pun cubaan yang harus kita jalani,
sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai,
sejauh mana pun hari-hari yang kita lalui,
JANGAN pernah berhenti berharap dari pertolongan Ilahi,
kerana harapan adalah masa hadapan,
kerana harapan adalah sumber kekuatan,
kerana doa adalah pintu kebaikan dan
kerana doa adalah senjata orang yang beriman."

-Trust In Allah-
~May Allah Give His Help, Answers, Solutions, And Ways Of Being PATIENT.~

Friday, September 16, 2011

MeRDeKa & MaLaYSia DaY !


Selamat menyambut hari kemerdekaan yg ke-54 dan selamat menyambut hari Malaysia yg ke-48. Semoga Malaysia akan terus aman, damai dan makmur sampai bila2, amin...:)

Sunday, September 4, 2011

Selamat Menempuh Penggal Baru !

Bagi semua bekas pelajar KMNS sesi 09/11 & 10/11 selamat menempuh kehidupan baru di alam Universiti ! Semoga berjaya, belajar rajin2 & "always strive for excellent". Bagi semua senior2 pula, selamat kembali ke Universiti masing2, good luck & semoga semester kali ini lebih baik daripada yg sebelumnya.
Bagi pelajar2 KMNS sesi 11/12 pula, selamat pulang ke KMNS. Kami mendoakan semua akan dapat result yg terbaik utk UPS baru2 ni. Jadikan result ni sebagai ukuran untuk buat yg lebih baik pada peperiksaan yg akan datang. Jangan sesekali putus asa! Kami sentiasa doakan kejayaan anda semua.