Untuk episod kali ini, kami akan menceritakan perjalanan MPPB pada
hari kedua, selasa dan hari ketiga, rabu.
SELASA, 29 MEI 2012.
Perjalanan pada hari ini dimulakan dengan interaksi 2 yang
mengandungi beberapa taklimat mengenai KMNS yang disampaikan oleh kakitangan
tertentu. Kemudian program diteruskan lagi dengan LDK 1, Suai Kenal Bersama
Mentor yang melibatkan pensyarah dan pelajar di tempat-tempat yang telah
ditetapkan.
 |
| Antara sesi taklimat yang dijalankan. |
 |
| Kali pertama bersua dengan mentor, ceria wajah masing-masing. |
 |
| Bersama dengan lecturer biologi kita, En. Dzul. |
Pada sebelah petangnya pula, LDK 2 dijalankan yang masih lagi
melibatkan pelajar-pelajar ini bersama mentor masing-masing.
 |
| Semak dik jangan tak semak, kang hilang 1 susah pulak nanti. |
 |
Bersungguh-sungguh En. Syamsul mentor saya dulu! menyemak borang menti-mentinya. |
Selepas solat asar, aktiviti riadah menyambung perjalanan program
pada hari selasa ini. pelajar-pelajar ini melakukan latihan nyanyian lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu kolej. Latihan ini bukan sahaja diadakan bagi
persediaan untuk majlis ucaptama pengarah pada besok hari, malah ia dilakukan
untuk melatih adik-adik baru kita ini menghafal dan mengingati lagu ini
sepanjang mereka bergelar pelajar di KMNS dan berharap mereka akan sentiasa
mengingati lagu ini walaupun mereka sudah tamat belajar di KMNS nanti. (-:
***********************************************************************************************************************************************************
Slot Forum Bersama Alumni (interaksi 3) menjadi penutup program
untuk hari selasa ini. Slot ini dijalankan di 2 tempat yang berbeza iaitu di Dataran Perpatih dan di Dewan Minangkabau (DSG). Ahli alumni yang
bertanggungjawab menjadi panel di Dataran Perpatih ialah Pn. Haryanti Ma, En.Ariff, En. Luqman dan En. Ghazali. manakala, ahli alumni yang menjadi panel di Dewan Minangkabau (DSG) pula ialah En. Syazwanul Badri, En. Afiq, En. Zaini dan
En. Khairul Anuar. Mereka ini adalah bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri
Sembilan yang kini sudah bekerjaya, ada yang sudah mendirikan rumah tangga
serta mempunyai cahaya mata dan ada juga masih menuntut di Universiti. Forum
ini bertujuan untuk memberi bimbingan,nasihat,motivasi dan tunjuk ajar kepada
pelajar-pelajar baru ini untuk menghadapi kehidupan sepanjang berada di
matrikulasi ini dan seterusnya di Universiti kelak akhirnya di alam pekerjaan
dengan berkongsi pelbagai pengalaman menarik sepanjang ahli-ahli panel ini bergelar pelajar kolej matrikulasi sehingga ke saat ini, iaitu kejayaan
mereka dalam bidang masing-masing.
 |
Barisan Panel ALUMNI di DSG. Perkenalkan dari kiri yang memegang mike ala-ala beyonce tu Abang Nuar, sebelahnya yang manis senyumannya berbaju kuning tu Abang Bad, yang berbaju merah tersenyum mesra ala-ala model iklan ubat gigi tu Abang Afiq dan hujung sekali yang segak bergaya memakai baju pilot tu Abang Zaini. |
 |
Antara ALUMNI yang hadir untuk turut memberikan sokongan.
Cuba tengok akak yang bertudung pink tu, macam kenal je kan?
Eksiteddnya dia duduk kat situ hihi. |
 |
Barisan Panel ALUMNI yang berada di Dataran Perpatih pula.
Dari kiri : Abang Luqman, Abang Arep, Kak Yan dan Abang Gentz. |
 |
Bersemangat abang Gentz aka abang Pharmacist kita ini menceritakan pengalaman beliau.
Moga-moga dapat capai apa yang abang capai bila sudah habis belajar dalam bidang Farmasi ini *opps nanti.
Terima Kasih atas nasihat dan pengalaman yang diberikan! |
 |
| Adik-adik ! Jangan tidur ! Mata pandang depan ! Bukan pandang kamera hehe. |
 |
| Khusyuk adik-adik perempuan kita ini mendengar amanat senior-senior mereka. Thumbs Up ! |
 |
| Hadiah punya pasal, berlumba-lumba adik kita ini nak jawab soalan Kak Yan kan kih3. |
 |
Alhamdulillah, lega, semua sudah selesai (bak kata abang-abang kacak ni *kacak ke? haha.)
Terimalah cenderahati yang tak seberapa daripada kami, Persatuan Alumni KMNS :) |
RABU, 30 MEI 2012.
Hari rabu dimulakan dengan majlis ucaptama pengarah dan watikah
perlantikan mentor. Kemudian, selepas minum pagi, program disambung dengan
interaksi 4, taklimat seperti sebelum ini.
 |
Majlis pertama yang melibatkan Pengarah KMNS secara rasminya Tn. Hj. Darman,.
- Majlis Ucaptama Pengarah - |
 |
Tn. Hj. menyampaikan amanat beliau kepada
pelajar-pelajar barunya yang dikasihi. |
 |
| Begitu khusyuk adik-adik ini mendengar amanat yang disampaikan. |
 |
Inilah dia barisan MT fasilitator kali ni.
Dari kiri : nadiah, hanani, hanis dan err yang hujung sekali ini bukan fasi ye, harap maklum.
Itu lecturer Matematik kita aka pemain drum yang handal, cikgu Helmi. |
 |
Setelah berhempas pulas *macam kena dera je bunyi berlatih menyanyikan lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu KMNS semalam, adik-adik ini menyanyikan lagu-lagu itu dengan penuh semangat sewaktu penutup Majlis Ucaptama Pengarah ini. |
 |
| Tak lekang kertas lirik lagu di tangan masing-masing kan hihi. |
 |
| En. Shatri sedang menyampaikan taklimat tentang JPP. |
Pada sebelah petangnya pula, pelajar-pelajar ini menghadapi
saringan persembahan pelajar mengikut kumpulan LDK masing-masing yang diadakan
di bilik tutoran. Saringan ini dilakukan bagi mencari persembahan kumpulan LDK
yang terbaik untuk dipersembahkan pada majlis penutup MPPB 12/13 pada jumaat
malam nanti. bermacam-macam lakonan yang mereka persembahkan. Lucu pula bila
teringat balik telatah mereka ^_^
 |
| Persembahan ape pula ni? sekali pandang macam nak nyanyi lagu nasyid je. |
 |
Ohh koir rupanya hihihi.
-Saringan Persembahan Pelajar sedang giat dijalankan-
Untuk aktiviti riadah pada hari rabu ini pula, pelajar-pelajar ini mengikut kluster masing-masing :
A,B dan C melakukan latihan sorak sempena pertandingan perang sorak
ataupun dikenali sebagai Cheers War yang akan diadakan pada hari khamis nanti. Jom kita tengok gelagat adik-adik ini menjerit! (=
Latihan cheers war pun bermula! mari kita lihat telatah
pelajar-pelajar baru ini hihi.
Bersemangat sungguh nak menang mereka ni.
=)
Kasihan dengan kluster A dapat praktis
sekejap je.
*takpe dik tahun depan ada
peluang lagi nak menang.
-Kluster Jauhari- |
Maaflah kena sengetkan kepala sikit tengok video ini,
jurukamera lupa pulak nak rotate phone haritu haha.
-Kluster Bestari-
Seperti tahun-tahun sebelumnya, kluster C paling bersemangat sekali
tiada niat untuk bias ini kenyataan.
-kluster Cendekia-
Interaksi 5 iaitu Sejenak Bersama Felo telah
menjadi penutup tirai program pada hari rabu ini. Mereka dibahagikan di
tempat-tempat yang berlainan mengikut kluster masing-masing. Kluster A di
dataran perpatih, Kluster B di surau al-Muttaqin dan Kluster C di DSG. Felo
masing-masing menereangkan tentang peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi
sepanjang mereka menginap di kolej kediaman masing-masing dan juga sepanjang
bergelar warga KMNS ini.
sekian untuk entry kali ini. bersambung pula untuk episod seterusnya, episod 4. (-:
"sometimes you will never know the true value of A MOMENT until it becomes A MEMORY"