Tuesday, June 29, 2010

Tahniah Diucapkan

Salam kenangan kepada semua Alumni KMNS.

Di sini ingin dimaklumkan bahawa pada 25 Jun yang lalu, salah seorang Alumni 'tertua' KMNS telah menamatkan zaman bujangnya dengan pasangan tercinta yang juga merupakan Alumni KMNS sesi yang sama iaitu 2002/2003.

Mereka yang dimaksudkan adalah Muhd Nurafiq b Zainal dan pasangannya Azmanira. Akad nikah telah selamat diadakan pada Jumaat, 25 Jun dan dengan sekali lafaz termeterai ikatan perkahwinan antara mereka. Dan pada Sabtu telah diadakan majlis di sebelah pengantin perempuan dan Ahad di sebelah pengantin lelaki.

Berikut merupakan sedikit gambar kenang-kenangan semasa majlis di rumah pengantin lelaki di Danau Kota, Setapak.

Afiq & Azma
*Semoga bahagia ke akhir hayat*


Pasangan bersama Ghazali@Gentz antara nadi kepada majlis ini


pasangan pengantin bersama Ahmad Nabil(Alumni 2004/2005) dan isteri.


antara rombongan dari KMNS yang hadir.

kredit gambar kepada Mr.MS Badri

0 comments:

Post a Comment