We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

Saturday, August 27, 2011

Aidilfitri Datang Lagi !!!!

Kepada semua alumni dan warga KMNS!! Sempena hari raya yang bakal menjelang ini, ikhlas dari hati,kami ingin menyusun jari memohon maaf sekiranya ade sebarang kesalahan yang dibuat sama ada secara langsung mahupun tidak langsung. Maaf juga sekiranya ada tersalah kata sepanjang perkenalan kita ini. Semoga semua bergembira di hari raya ini dan semoga ukhuwah yang terjalin antara kita saudara sesama Islam menjadi bertambah teguh dan semakin erat di...

Wednesday, August 24, 2011

~KMNS HOMECOMING DAY~ (bahagian 2)

Antara gerai-gerai jualan yang dibuka semasa hari tersebut :) Antara perkhidmatan yang disediakan ialah Klinik Motivasi.Klinik ini bertujuan untuk memberi nasihat dan bimbingan yang lebih mendalam tentang kehidupan di matrikulasi dan hala tuju selepas tamat pengajian kepada pelajar2 KMNS. Program diteruskan lagi dengan pelbagai aktiviti2 yang disediakan untuk para pelajar dan bekas pelajar. Aktiviti2 ini bermula pada pukul 2 petang hingga pukul...

~KMNS HOMECOMING DAY~ (bahagian 1)

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 16 julai 2011 telah diadakan satu program alumni KMNS bertempat di kolej tercinta, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dengan bertemakan "Where Brothers and Sisters are Bond Together". Objektif utama program ini adalah untuk pendaftaran alumni secara besar-besaran,dapat saling berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan antara bekas-bekas pelajar termasuk pelajar semasa serta dapat melepaskan rindu...

Monday, August 1, 2011

Perkongsian Ramadhan 3

Kelebihan Ramadan* Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.* Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam...

Perkongsian Ramadhan 2

"SOLAT mereka yang membaca ramalan bintang sama ada di akhbar, majalah atau di internet tidak akan diterima Allah selama 40 hari, tidak kira mereka percaya atau sebaliknya kerana perbuatan itu sama seperti berjumpa dengan tukang ramal.Pensyarah fakulti Syariah dan Undang-undang Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nik Salida Suhaila Nik Saleh, menjelaskan perkara itu berdasarkan ulasan ulama terkenal Yusuf al-Qardawi mengenai hukum membaca ramalan bintang.Katanya, walau seseorang itu tidak membenarkan apa yang dibaca, solatnya tetap tidak diterima...

Perkongsian 1

Assalammualaikum..Post ini sekadar perkongsian bersama anda semua berkenaan penyebaran hadith palsu yang masih berlaku sekarang ni.Hadis yang disebarkan berbunyi bergini:Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan " Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:- Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);- Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;- Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya. "Maka Rasulullah...