Wednesday, August 24, 2011

~KMNS HOMECOMING DAY~ (bahagian 1)

Pada hari Sabtu bersamaan dengan 16 julai 2011 telah diadakan satu program alumni KMNS bertempat di kolej tercinta, KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN dengan bertemakan "Where Brothers and Sisters are Bond Together". Objektif utama program ini adalah untuk pendaftaran alumni secara besar-besaran,dapat saling berkenalan antara satu sama lain dan mengeratkan lagi hubungan antara bekas-bekas pelajar termasuk pelajar semasa serta dapat melepaskan rindu dengan berjumpa kembali dengan sahabat-sahabat lama serta pensyarah-pensyarah KMNS. Disamping itu juga pelbagai aktiviti turut diadakan pada hari tersebut bagi memeriahkan lagi program tersebut serta memupuk semangat bekerjasama dalam diri masing-masing. Terdapat juga beberapa gerai jualan yang dibuka di sekeliling Dewan Serbaguna(DSG) bagi menambah lagi kemeriahan program ini. Program ini bermula pada pukul 7.00 pagi dan berakhir pada pukul 5.30 petang.

Program dimulakan seawal 7 pagi lagi dengan pendaftaran bekas-bekas pelajar serta pelajar semasa dan juga pembayaran yuran tahunan oleh alumni yang sudah mendaftar. Sesi pendaftaran ini berlanjutan sehingga pada pukul 2 petang.




Kemudian program disambung dengan ucapan dan upacara perasmian oleh penasihat Persatuan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang juga merupakan penolong pengarah HEP KMNS, EN. Awang Nazrul.



Selepas itu, AGM(annual grand meeting) berlangsung pada pukul 8.30 pagi dan tamat pada pukul 10.30 pagi. Dalam mesyuarat ini juga pembubaran AJK pelaksana lama dilakukan dan AJK pelaksana baru dilantik. Logo baru Alumni KMNS juga turut dirasmikan. Tahniah kepada semua AJK pelaksana Alumni KMNS yang baru dilantik untuk sesi 11/13 dan terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada AJK pelaksana Alumni sebelum ini.



Pada pukul 10.30 pagi program diteruskan dengan Sesi bersama Alumni.Slot ini berakhir pada pukul 12.30 tengahari. Slot ini bertujuan untuk berkongsi pengalaman lebih lanjut mengenai pembelajaran di matrikulasi,pemilihan kos dan universiti serta pasaran pekerjaan kepada para pelajar KMNS.




ingin tau ape lagi aktiviti yang diadakan selepas itu? bersambung di bahagian 2... :)

0 comments:

Post a Comment