Hai semua! Apa khabar? Sihat? Semoga semuanya sihat-sihat belaka. Ada beberapa perkara yang sudah berlaku dan sedang berlaku sepanjang akhir bulan Ogos, bulan September dan Oktober pada tahun 2012 ini,
"Selepas taufan itu adanya pelangi" |
Terdahulu :
1. Selamat Menyambut Aidilfitri & Aidiladha untuk semua
saudara seIslamku ~
2. Selamat menempuh musim yang baru di Universiti kepada
semua Alumni! lebih-lebih lagi untuk lepasan matrikulasi sesi 2011/2012 yang akan
memulakan kehidupan baru di alam Universiti ini. Semoga berjaya ya semua!
3. Selamat menempuh UPS(Ujian Pertengahan Semester) bagi
Pelajar-pelajar KMNS sesi 12/13. =)
Best of luck in everything you do! |
Terkini :
1. Selamat Menduduki PSPM 1 bagi semua pelajar matrikulasi.
Jawab sebaik mungkin. Teruskan usaha dan
jangan sesekali mengalah.
~Usaha~Doa~Tawakal~ Kami semua sentiasa doakan kejayaan adik-adik
semua di
matrikulasi. Best of luck oke! =)
2. Selamat bercuti pertengahan semester kepada semua alumni
yang menuntut di Universiti. Sentiasa jaga diri dimana sahaja anda berada ok.
Jangan lupa 'buka buku' pulak tau! hehe.
Jangan bukak je, baca sekali tau! |
Hai November !
Semoga berjaya diucapkan kepada semua kontinjen KAKOM
KMNS 2012 yang akan bertanding pada 7 hingga 9 november ini di KMK nanti. Kami
sebagai senior akan sentiasa menyokong adik-adik~ ^_^
Warm up dulu sebelum mula games hihi.. |
Untuk alumni yang lain pula, teruskan usaha anda dan
tingkatkan usaha anda juga sebagai persediaan untuk peperiksaan akhir semester
pada bulan 12 nanti. Tinggal lagi sebulan je ni huhu T_T. Get ready ok everyone!
Apa-apa sekalipun, jangan mengalah ya! Teruskan usaha kita sebagai khalifah di muka bumi ini. Yang paling penting sekali niat tu mesti betul, semua yang kita lakukan kerana Allah Taala. Berserahlah pada-Nya... So whatever happens, even the thunder strike your heart, please always keep smiling! =)
0 comments:
Post a Comment