“I think I have the potential to lead. But how? Where to start?”
Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia semua.
Alhamdulillah dan Insya-Allah -- atas kerjasama dengan kolej, satu tarikh telah dipilih pada Februari 15 (Jumaat) untuk mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAKMNS kali ke-2, dan seterusnya menjayakan program KMNS Homecoming Day v2.0 di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. Usaha yang dirintis oleh Jawatankuasa Eksekutif PAKMNS, Jawatankuasa Penaja dan juga Jawatankuasa program atas aspirasi daripada Tuan Pengarah KMNS dan kakitangannya, kami dengan rasa rendah diri menjemput semua generasi Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (tahun 2000-2012) untuk menghadirkan diri ke mesyuarat ini sekaligus menyumbang kepada pembangunan Alumni dalam pembentukan persatuan agar dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun dan bersepadu.
Antara agenda yang bakal dilaksanakan sewaktu Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ialah:
-Pembentangan laporan tahunan
-Pembentangan laporan kewangan dan penyata kira-kira persatuan
-Pemilihan dan perlantikan Ahli Jawatankuasa Eksekutif sesi 2013/2015
-Pengemaskinian rekod ahli PAKMNS
-Perbahasan usul berbangkit dan cadangan lainnya
Hebahan awal ini adalah bertujuan untuk memaklumkan kepada saudara/saudari agar dapat melapangkan diri pada tarikh tersebut. Juga diminta kepada saudara/saudari untuk memanjangkan jemputan ini kepada rakan-rakan ex-KMNS yang lainnya.
Segala respons dan kerjasama anda amatlah dihargai.
Sebarang pertanyaan boleh hubungi,
Siti Bahiah Abdul Yazaid (KMNS 2008/2009)
Khairul Anuar Ahmad Zamil (KMNS 2009/2010)
P/S: Kita harapkan ada wakil daripada setiap batch kelak. Insyaa-Allah.
"Leadership is the ability to get extraordinary achievement from ordinary people." -Brian Tracy
0 comments:
Post a Comment