Sunday, May 9, 2010

Minggu Pengurusan Kembali Lagi~

Minggu Pengurusan Pelajar Baru kembali lagi. Di mana kemuncaknya adalah esok hari, 10 Mei 2010 apabila dijangkakan 2800 pelajar baharu Program Satu Tahun akan mendaftar. Proses pendaftaran yang akan bermula seawal jam 8.00 pagi dan dijangkakan berakhir sekitar jam 4.00 petang.

Diucapkan selamat datang kepada adik-adik baharu ke Program Matrikulasi yang akan ditempatkan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan juga selamat bertugas kepada para fasilitator terpilih semasa minggu pengurusan nanti. Jalankan tanggungjawab anda dengan penuh amanah dan dedikasi dan membawa bersama nama baik Persatuan Alumni KMNS.

Dan untuk makluman semua juga, semalam Sabtu 8 Mei 2010 adalah Hari Pendaftaran Program Satu Tahun bagi 150 pelajar lepasan Program Dua Tahun sesi 09/10. Berikut merupakan sedikit imbasan semasa hari terbabit. Sekian





6 comments:

  1. ko dalang di sebalik blog ni rupanya. haha

    ReplyDelete
  2. aku dalang di sebalik byk blog...

    ReplyDelete
  3. kami darii pihak Alumni KMNS mengucapkan jutaan terima kasih kepada mereka sama ada yg sedang menjadi fasilitator dan juga kepada mereka yg pernah bertugas sebagai fasilitator.
    Jasa ada amat kami hargai...

    ReplyDelete
  4. letak la gambar2 fasi utk kemasukan baru ni....x dpt nak usha la...

    ReplyDelete
  5. salam..sy pelajar sc fizikal yg bru jer mendftr thun ni..PST 2010/2011..mmg seronok sgt kt kmns ni..orientasi pun best..fc2..pun baik..

    ReplyDelete