Sunday, February 26, 2012

Kontest Blogger Alumni: Rakan Penaja & Sponsor Diperlukan

Salam 1 Malaysia.

Alhamdulilah. Terima kasih bagi mereka yang menjadi follower dan pembaca setia blog PAKMNS ini. Walaupun tak ramai, dan ada yang masih belum familiar dengan persatuan ini tetapi ia tetap bermakna. Siapa mampu melupakan tempatnya menuntut ilmu, mengenal pelbagai ragam manusia, dan belajar menjadi manusia dewasa bukan? Setuju kata saya, KMNS ada jasa untuk menempatkan diri anda berada kini.

Untuk memeriahkan lagi kebersamaan kita sebagai ahli alumni dan bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, pihak pengurusan alumni bercadang untuk menganjurkan Kontest Blogger Alumni berdasarkan sambutan dan permintaan daripada ahli-ahli group alumni sendiri yang kebanyakkannya aktif berblogging. Insya-Allah, Kontest Blogger Alumni ini akan memberikan peluang kepada rakan-rakan blogger untuk menggunakan segala ilmu blogging mereka, bersama menaikkan nama persatuan dan kolej.

Kontest Blogger Alumni ini terbuka HANYA kepada bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan. [Belum daftar keahlian?] Selain daripada itu, maaf kata dihulurkan. Kontest ini mempunyai beberapa kategori yang akan diuar-uarkan kemudian. Insyallah sekiranya mendapat sambutan yang menggalakkan, pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk menjalankan online kontest ini secara berkala.

Untuk aktiviti ini, bagi setiap kategori pihak pengurusan akan menawarkan hadiah seperti berikut:
1. 1 X Hadiah Pertama : RM50 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
2. 1 X Hadiah Kedua : RM30 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
3. 1 X Hadiah Ketiga : RM15 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
**Nilai dan jumlah hadiah berubah mengikut budi bicara pihak pengurusan.

Jadi untuk memeriahkan lagi aktiviti ini, pihak pengurusan mencari mana-mana rakan sponsor yang bermurah hati menyumbangkan hadiah dan juga rakan penganjur untuk menjadi promoter kepada aktiviti ini. Terbuka tanpa syarat. In return, link blog sponsor dan rakan penganjur akan diletakkan di setiap entri blogger yang join kontest ini. Contoh:-

Kontest Blogger Alumni ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni KMNS dengan kerjasama ........... & Hadiah ditaja khas oleh .............

Untuk sponsor, tiada syarat untuk jenis hadiah. Terpulang samada sumbangan berbentuk wang tunai, hosting, pakaian, produk kecantikan, buku etc. Semuanya diterima dengan hati terbuka oleh pihak pengurusan. Untuk pengetahuan umum, Persatuaan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan merupakan persatuan alumni kolej matrikulasi pertama yang berdaftar secara sah dan mempunyai lebih daripada 2K ahli aktif. Lebih lanjut mengenai Kontest Alumni Blogger ini akan dijelaskan di dalam entri yang seterusnya nanti.

PREMIUM SPONSOR
Bagi bekas pelajar / ahli alumni KMNS yang berdaftar yang turut menyumbang/sponsor dalam jumlah yang besar atau mahal untuk kontest ini, bakal diberikan hadiah misteri oleh pihak pengurusan.

Kepada yang berminat untuk menjadi rakan penaja dan sponsor aktiviti ini, bolehlah pm (private message) Fafau Farah atau Abdul Rahim di akaun Facebook mereka. [refer link] ATAU hantarkan e-mail ke alamat: author.pakmns@yahoo.com

2 comments:

  1. assalamualaikum.

    soalan : kalau saya tiada fb, dan taknak ada fb, macamana ya nak hubungi ajk untuk menjadi penaja? ada tak email ke... email alumni ke... thanks.

    p/s : ada typo error.uar uarkan, bukan war war. contest, bukan kontest. (^_-)v

    ReplyDelete
  2. Waalaikumsalam.

    Thx saudara/i Awin. Kami akan sertakan e-mail pihak pengurusan untuk dihubungi.

    author.pakmns@yahoo.com

    *Typo 'war' akan dibetulkan kemudian. Memandangkan kita lebih kepada penggunaan bahasa melayu, perkataan Kontest hanya sekadar penamaan nama aktiviti sahaja.

    ReplyDelete