Sunday, April 29, 2012

Kontest Blogger Alumni [Siri 1]

Salam 1Malaysia

Sebagai permulaan aktiviti Kontest Blogger Alumni, apa kata jika kita mengimbau kembali kenangan-kenangan terindah sewaktu kita berusia 17-19 tahun di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan suatu ketika dahulu. Saya tahu ramai kaki-kaki gila gambar yang mempunyai koleksi puluhan folder gambar sewaktu mereka di kolej dulu. Sehubungan dengan itu, pengurusan PAKMNS dengan rasminya berbesar hati menganjurkan kontest,

KMNS DI HATIKU
 “A picture is worth a thousand words, but it uses up a thousand times the memory.”

Kategori-kategori yang dipertandingkan:

1. Foto kenangan ketika di kafetaria KMNS.
2. Foto kenangan bersama rakan/pensyarah KMNS.
3. Foto kenangan ketika di blok asrama KMNS.

**Bagi setiap kategori, anda hendaklah menceritakan serba sedikit mengenai gambar tersebut dan mengapa anda merasakan gambar tersebut dekat dihati anda.

Syarat-syarat dan peraturan pertandingan:

1. Terbuka kepada semua warga Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan alumni (pelajar dan bekas pelajar KMNS). Mahu jadi ahli alumni berdaftar? [JOIN GROUP HERE]
2. ‘Post’kan entri bertajuk, KBA1: KMNS di Hatiku dan letakkan URL entri tersebut di ruang komen entri ini dan di wall group Facebook PAKMNS sebagai bukti penyertaan. Satu entri untuk satu gambar sahaja.
3. Konsep pengubahsuaian dan 'photo editing' adalah bebas, selagi ianya berlatar belakangkan atau berkait dengan KMNS (mengikut kategori).
4. Penyertaan dibatalkan serta merta sekiranya gambar yang dihantar mengandungi unsur-unsur lucah, atau boleh menyentuh sensitiviti mana-mana pihak.
5. Tiada had penyertaan dan bayaran dikenakan untuk setiap peserta. Setiap gambar yang diubahsuai WAJIB disertakan dengan logo alumni sebagai 'watermark'. [KLIK SINI]
6. Di setiap entri penyertaan hendaklah disertakan sekali link pihak penganjur, seperti berikut:-
Kontest Blogger Alumni ini dianjurkan oleh Persatuan Alumni KMNS 
& Hadiah ditaja khas oleh PAKMNS dan Jejaka Misteri.
6. Pemenang akan ditentukan oleh hasil penilaian para juri yang telah ditetapkan oleh pihak penganjur. Pemarkahan berdasarkan gambar yang paling kretif dengan 'sentimental value' yang tinggi, dan sebarang keputusan juri adalah muktamad.
7. Di akhir pertandingan, pihak penganjur telah menyediakan hadiah-hadiah berikut :

UNTUK AHLI ALUMNI BERDAFTAR

1. 1 X Hadiah Pertama : RM30 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
Dan wang berjumlah RM30 tunai sumbangan daripada Jejaka Misteri.
2. 1 X Hadiah Kedua : RM20 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
Dan wang berjumlah RM20 tunai sumbangan daripada Jejaka Misteri.
3. 1 X Hadiah Ketiga : RM10 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
Dan wang berjumlah RM10 tunai sumbangan daripada Jejaka Misteri.

UNTUK AHLI TIDAK BERDAFTAR

1. 1 X Hadiah Pertama : RM30 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
2. 1 X Hadiah Kedua : RM20 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)
3. 1 X Hadiah Ketiga : RM10 Topup Prepaid bagi sebarang network anda (telco Malaysia sahaja)

P/S: Setiap peserta hanya layak untuk memenangi 1 hadiah sahaja.


8. Syarat-syarat dan hadiah yang ditawarkan untuk kontest ini boleh diubah mengikut kesesuaian tanpa notis awal, sila refer posting ini mahupun notis yang diberi ketika pertandingan di atas sedang berlangsung.

Tarikh Tutup Penyertaan
30 APRIL 2012

Sekiranya pertandingan ini mendapat sambutan ramai, pihak penaja pasti berbesar hati menjalankannya secara berkala. Kami juga akan cuba menambahkan hadiah pertandingan sekiranya ada kemampuan dari masa ke semasa. [Mahu menjadi penaja/sponsor bersama?]

SENARAI PESERTA KATEGORI [1]
Tiada

SENARAI PESERTA KATEGORI [2]
Tiada

SENARAI PESERTA KATEGORI [3]
Tiada


p/s: Sekiranya penyertaan bagi mana-mana kategori dipertandingkan kurang daripada 10 penyertaan, contest bagi kategori tersebut akan dibatalkan serta-merta.

Apa tunggu lagi? Kongsikan saat-saat indah anda bersama kami. Manalah tahu memori tersebut membawa rezeki kepada anda. Akhir kata, kami ucapkan selamat maju jaya kepada semua di dalam memeriahkan pertandingan berikut. 

SELAMAT BERTANDING!

8 comments:

  1. seronok jgk ni... nk join la... nk geledah gambar dulu... huhu...

    ReplyDelete
  2. nak join jugak...lama ni boleh buat...

    ReplyDelete
  3. Join beramai-ramai. Ajak rakan2 ex-kmns lain bersama memeriahkan kontest. Manalah tahu RM50 menjadi milik anda. :)

    ReplyDelete
  4. Join untuk setiap kategori pun boleh. Make sure, 1 entri 1 kategori 1 gambar 1 Malaysia.

    ReplyDelete
  5. Hantarkan sbrpa byk penyertaan anda skrg! FOC.

    ReplyDelete
  6. ha,jom la join kontest ni! jgn lupa ajak kawan2 sekali tau! :)

    ReplyDelete