Tuesday, May 15, 2012

We are rolling the ball!


Pada hari sabtu bersamaan 14 April 2012, PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN buat julung-julung kalinya telah berjaya menganjurkan pertandingan bowling sambil menderma "ROLL THE BALL". Aktiviti ini telah diadakan di ARL POWER BALL ALAMANDA, PUTRAJAYA. Aktiviti ini bermula pada pukul 11.00 pagi dan berakhir pada pukul 3.00 petang. 

Selain pertandingan bowling, kaunter pendaftaran alumni juga turut dibuka di sana. Disamping itu pelancaran tabung kebajikan alumni juga telah berjaya dilaksanakan. Hadiah lumayan dan cabutan bertuah juga disertakan pada para pemenang dan peserta yang hadir. 

Berikut disertakan gambar-gambar yang telah diambil sewaktu hari kejadian.

pertandingan pun bermula.
masing-masing menunjukkan bakat yang mereka ada.
pertandingan telah tamat.
tahniah diucapkan kepada para pemenang.
sesi bergambar untuk upacara penutup.
tahniah dan syabas diucapkan kepada semua peserta!

p/s: gambar-gambar lain boleh dilihat di group FB PAKMNS

Sekian sahaja untuk post kali ini. insyaAllah, akan ada banyak lagi aktiviti-aktiviti yang akan pihak kami anjurkan selepas ini. Diharap anda semua terus-terusan menyokong dan hadir semasa aktiviti itu dianjurkan nanti. Semoga ukhuwah yang terjalin antara kita semua dan kenangan yang sama kita kongsikan iaitu menuntut ilmu di KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN ini berkekalan sehingga akhir hayat dan hingga ke Jannah kelak,insyaAllah. Semoga bertemu lagi di post yang seterusnya! ^_^

Pictures credits to: Fadzli Khamis & Eira Zuraini ;)

0 comments:

Post a Comment