Saturday, May 26, 2012

MPPB 12/13 Episod 1

Minggu pengurusan pelajar baru (MPPB) sesi 2012/2013 pada kali ini berlangsung pada 28 mei 2012,isnin sehingga 1jun 2012,jumaat. Namun begitu, para fasilitator sudah tiba di sini pada 24 mei 2012, khamis bagi menjalani kursus-kursus awal sebelum bertugas sebagai fasilitator pada hari isnin ini. Jumlah keseluruhan fasilitator untuk MPPB kali ini adalah sebanyak 120 orang. Pada episod kali ini kami akan memaklumkan apa yang berlaku sepanjang 3 hari mereka berkampung di sini.

KHAMIS, 24 MEI 2012

Sesi pendaftaran para fasilitator bermula pada pukul 9.00 pagi diikuti dengan ice breaking pada tengah hari. Pada petang pula mereka dikehendaki memasak untuk makan malam. berikut adalah gambar-gambar semasa aktiviti itu dijalankan.

Muka terkejut Kak Fesi kita kena angkat kawah.

Terjun tudung dalam periuk jadi tudung periuk pulak nanti.

Bekas JPP kita pun kena sental periuk juga.

Sesi makan berjemaah.
Selepas itu,diteruskan  lagi dengan dengan taklimat yang disampaikan oleh timbalan pengarah KMNS, En. Saad bin S.A. Abbas. Taklimat ini merupakan penutup program untuk hari khamis ini.

JUMAAT, 25 MEI 2012
Pada hari jumaat pula, program untuk fasilitator dimulakan dengan aktiviti riadah kemudian disusuli dengan perhimpunan pagi. Seterusnya, perlantikan jawatankuasa untuk majlis tertinggi dan setiap biro telah dilakukan dan bermulalah persiapan untuk biro masing-masing.

Semasa perhimpunan pagi (nyanyian lagu negaraku)
SABTU, 26 MEI 2012
Pada hari sabtu pula dipenuhi dengan aktiviti-aktiviti untuk para fasilitator yang dikendalikan oleh fasilitator senior dan selepas itu pula taklimat pertolongan cemas dan taklimat kecederaan sukan disampaikan oleh pensyarah-pensyarah yang terlibat.

Ceria wajah-wajah mereka.

Sesi mendengar taklimat.


Apa lagi agaknya bakal-bakal fasilitator kita akan lakukan? Nantikan episod MPPB yang seterusnya ...

0 comments:

Post a Comment