Untuk episod kali ini,
kami akan menceritakan apa yang berlaku pada hari ahad yang lepas,hari isnin
yang juga merupakan hari pertama MPPB 12/13 berlangsung.
AHAD, 27 MEI 2012
Pada
waktu pagi, aktiviti riadah telah berjalan seperti biasa dan untuk kali ini
pula, permainan bola beracun telah diadakan. Kemudian para fasilitator
menjalani kursus terakhir sebelum tibanya hari kejadian iaitu taklimat
komunikasi berkesan. Selepas itu, semua jawatankuasa melakukan test run dan
persiapan yang terakhir sebelum menghadapi hari yang dinanti-nanti iaitu
MPPB 12/13. Pada malam itu pula, tuan haji pengarah menyampaikan amanat terakhir
kepada para fasilitator ini sebelum memulakan tugas masing-masing pada MPPB
nanti.
|
ayuh kita bersenam! |
|
permainan bola beracun pun bermula! |
|
acara penyampaian tag nama untuk fasilitator. macam iklan nak promosi ubat gigi pula. |
|
ucapan daripada ketua fasilitator. |
|
amanat terakhir daripada tuan haji pengarah kepada para fasilitator. |
|
refreshment daripada fasi-fasi senior untuk beri semangat pada fasi-fasi junior
sebelum memulakan tugas penting pada hari besok. |
ISNIN, 28 MEI 2012
Bermulalah hari pertama MPPB 12/13. Program dimulakan dengan pendaftaran pelajar baru yang bermula pada pukul 8.00
pagi hingga 5.30 petang. Sementara pelajar-pelajar ini menguruskan pendaftaran
mereka, ibu bapa mereka pula dikehendaki untuk mendengar taklimat waris di
dewan minangkabau(DSG) yang disampaikan oleh pengarah KMNS, Tn.Hj Darman bin
Othman pada sebelah pagi dan pada sebelah petang pula taklimat waris
disampaikan oleh En. Saad bin S.A Abbas. Jumlah terkini pelajar-pelajar baru
untuk batch kali ini adalah sebanyak 2283 orang pelajar. Pada sebelah petangnya
pula, para pelajar telah dikumpulkan untuk mendengar taklimat minggu suaikenal
pelajar baru(MPSB) yang telah disampaikan oleh En. Saad bin S.A Abbas. Pada
malamnya pula telah diadakan aktiviti pertama untuk para pelajar ini iaitu
interaksi 1,intan terpilih bersama pengetua kolej
kediaman mereka, yang juga merupakan penutup program bagi hari
pertama MPPB 12/13 ini.
|
tidak putus-putus kereta yang memasuki KMNS pada hari pertama. |
|
fasi-fasi yang bertugas sebagai polis trafik semasa hari kejadian. |
|
salah seorang polis trafik kita,sempat lagi dia bergaya. |
|
para pelajar menunggu giliran masing-masing untuk mendaftar. |
|
di bahagian kaunter semakan yang pertama. |
|
selesai semakan peringkat pertama, para pelajar meneruskan
sesi pendaftaran mereka untuk peringkat yang seterusnya. |
|
kaunter semakan yang kedua. |
|
kaunter peralatan. bertuah adik-adik ini, cantik kan baju mereka untuk sesi kali ini? |
|
salah seorang fasi yang bertugas yang juga bekas JPP sesi 11/12.
ibu bapa dilarang masuk katanya. |
|
sedih pakcik ini tidak dibenarkan masuk. sabar ya pakcik. |
|
antara gerai jualan yang dibuka.
sambil menunggu, ibu bapa dapat juga menjamu selera dahulu. |
|
rancak pakcik-pakcik ini berbual. cakap pasal apalah agaknya ya? |
|
jualan pelekat kenderaan pelawat. senyum cikgu jangan tak senyum. |
|
van yang mengangkut barang-barang para pelajar kluster B dan C.
bertungkus lumus fasi-fasi menjalankan tugas mereka. |
|
selamat sampai, barang-barang tersebut. |
|
peringkat seterusnya, pendaftaran asrama di blok masing-masing. |
|
ibu bapa yang masih menunggu anak-anak mereka selesai melakukan pendaftaran. |
|
taklimat MPSB untuk pelajar-pelajar baru.
bersungguh-sungguh mereka mendengar. |
|
taklimat bersama pengetua kolej kediaman.
|
Sekian untuk episod kali ini. ingin tahu lagi kisah seterusnya? teruskan setia bersama kami di blog alumni KMNS. ^_^
#credits to : Yufi Amran, Fatira Kudus,
Unit Arkib KMNS (En. Rizal, En. Amir, En. Syed) dan Pink Xperia.
"never get tired of doing little things for others, sometimes, those little things occupy the biggest part of their heart"
0 comments:
Post a Comment