Saturday, December 15, 2012

Pelajar Cemerlang Matrikulasi ditaja ke Luar Negara

CHANGLUN - Seramai 192 pelajar lepasan kolej matrikulasi Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) ditaja melanjutkan pelajaran ke luar negara sejak 2006 hingga tahun ini. 


Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata semua pelajar yang ditaja itu mengikuti bidang pengajian kritikal iaitu Sains dan Matematik. 

Dr Mohd Puad Zarkashi
"Untuk tahun ini sermai 39 pelajar cemerlang lepasan matrikulasi ditaja sepenuhnya oleh KPM mengikuti program peringkat Ijazah Pertma di United Kingdom.  

"Kita amat berpuas hati dengan prestasi program matrikulasi kerana pencapaian akademik dan kokurikulum pelajar-pelajar amat membanggakan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Kokurikulum Matrikulasi (Kakum) ke-12 di Kolej Matrikulasi Kedah di sini hari ini. 

Mohd Puad yakin matlamat kerajaan menubuhkan kolej matrikulasi untuk menyediakan pelajar-pelajar mengambil bidang-bidang kritikal seperti perubatan dan pergigian tercapai.

Beliau berkata permohonan memasuki kolej matrikulasi semakin bertambah setiap tahun dan difahamkan pada tahun ini permohonan meningkat 10 peratus.    

"Ini membuktikan kolej matrikulasi menjadi institusi pendidikan pilihan dan rebutan anak-anak kita yang telah menamatkan pelajaran peringkat SPM (Sijil Pelajaran Malaysia) sebelum masuk ke universiti. 

"Saya yakin program-program yang kita laksanakan termasuk dalam bidang kokurikulum ini dapat memastikan kita mampu melahirkan modal insan yang berkualiti," katanya. 

Mohd Puad berkata pada tahun ini kerajaan persekutuan memperuntukkan RM294.4 juta bagi belanja mengurus kolej matrikulasi dan RM5 juta lagi khas untuk pelaksanaan aktiviti-aktiviti kokurikulum. - Bernama

Admin: Tak keluar negara pun boleh cemerlang, setuju?
*Tanpa nada jeles. Hiks


1 comments:

  1. kat malaysia pun boleh cemerlang... rezeki ada di mana2.. hanya kita je perlu pandai guna kesempatan...

    ReplyDelete