Monday, January 28, 2013

KMNS HOMECOMING DAY v2.0: Prolog


Masih ingatkah lagi anda dengan event ini? Event ala-ala REUNION  ini adalah bertujuan untuk :
  • menjalankan Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-2, Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
  • memberi peluang kepada bekas-bekas pelajar KMNS untuk mendaftarkan diri sebagai ahli Persatuan Alumni KMNS.
  • berjumpa semula dengan sahabat-handai dan para pensyarah KMNS anda yang sudah lama tidak berjumpa sambil bergembira dengan pelbagai aktiviti menarik yang disajikan.
  • melihat sendiri perkembangan terbaru kolej kita, tempat kita mengharungi suka duka sebelum kita berada di tempat kita berdiri kini, yang kini semakin banyak perubahannya.
  • berkongsi ilmu dan pengalaman masing-masing dalam bidang pelajaran mahupun kerjaya dengan junior-junior anda yang kini sedang belajar di KMNS.
  • mengikat tali siratulrahim dan merapatkan ukhwah sesama rumpun bermula daripada batch 2000/2001 sehingga yang terkini, baik PST mahupun PDT.
Jadi apa bezanya event kali ini dengan yang lepas? In shaa Allah pada kali ini, para pensyarah yang anda rindui akan terlibat sama! Selain itu, pelbagai aktiviti baru dan menarik tertarik kau memang deboomm yang akan diadakan seperti DERMA DARAH, SUKAN RAGBI, GROOMING CLASS & MAJLIS MAKAN MALAM TAHUNAN PAKMNS

Ingin tahu tentang maklumat-maklumat terbaru berkenaan dengan event ini sepanjang menuju ke hari yang dinanti-nantikan, serta ingin mengetahui apa yang berlaku semasa event nanti? Jadi teruskan setia bersama kami di OFFICIAL FB PAGE EVENT KMNS HOMECOMING V.20 '13BLOG ALUMNI KMNS, OFFICIAL FB PAGE OF PAKMNS dan OFFICIAL FB GROUP OF PAKMNS untuk sebarang infomasi dan maklumat terkini.  ^_^ 

# jom kawan-kawan semua ! kita pakat pergi ramai-ramai ya ! =)

"No matter how much suffering you went through, you never wanted to let of those memories... " - Haruki Murakami.

0 comments:

Post a Comment