Monday, January 14, 2013

Logo Rasmi PAKMNS


Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada semua pelayar blog ini. Terima kasih di atas kesetiaan anda. 

Kepada yang sentiasa mengikuti perkembangan persatuan ini pastinya menyedari beberapa pembaharuan dan perubahan sepanjang persatuan ini ditubuhkan, diantaranya logo alumni. Untuk makluman anda, mulai tahun 2013 ini pihak pengurusan persatuan dengan persetujuan ahli sidang mesyuarat jawatankuasa berdasarkan penelitian permasalahan semasa, telah melancarkan penggunaan logo baru PAKMNS sebagai logo rasmi persatuan.

LOGO BARU PERSATUAN ALUMNI KOLEJ MATRIKULASI NEGERI SEMBILAN


Bentuk lambang merupakan sebuah hasil vektor tulisan Alumni KMNS, di mana 'KMNS' adalah singkatan nama Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah. Manakala 'Alumni' merujuk kepada bekas pelajar atau lepas kolej tersebut sama ada individu atau berkumpulan. Kamus Dewan Edisi Empat menakrifkan perkataan 'alumni' sebagai siswazah atau lepasan sesebuah maktab, universiti atau yang setara dengannya sama ada individu atau berkumpulan.

Logo merangkumi beberapa warna, dimana warna utamanya: HIJAU, BIRU dan KUNING, adalah kesinambungan warna logo asal Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dan ia adalah lambang kepada nilai-nilai korporat.

Lambang Persatuan Alumni KMNS lainnya mempunyai pengertian berikut :       

  1. Vektor manusia pada cantuman awal huruf K menunjukkan keriangan bergraduasi, membawa maksud alumni terdiri dari semua pelajar yang pernah belajar di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan.
  2. Vektor manusia berpimpin tangan membentuk huruf M pula melambangkan penyatuan alumni dan ikatan silaturrahim yang terbina dikalangan ahli persatuan tanpa mengira umur, status, kaum, agama, serta bangsa, dan sekaligus menyahut seruan kerajaan membentuk gagasan 1Malaysia.
  3. Perkataan ALUMNI berada di bawah perkataan KMNS menunjukkan bahawa persatuan ini mendokong segala yang berada di atasnya, sekaligus melambangkan kemurnian ahlinya dalam persepakatan membantu membawa dan menaikkan nama baik pihak kolej dan sesama ahli persatuan sendiri.
Oleh yang demikian, dengan sokongan daripada anda, ALUMNI KMNS, pihak pengurusan persatuan akan cuba sedaya upaya untuk memantapkan penubuhan dan mempergiatkan lagi kegiatan persatuan daripada masa ke masa.

"BIASAKAN YANG BETUL, BETULKAN YANG BIASA"

0 comments:

Post a Comment