Wednesday, January 2, 2013

Selamat Menempuh Peperiksaan Akhir Semester

Assalamualaikum dan Salam 1Malaysia untuk semua,


Sempena musim peperiksaan akhir semester bagi seluruh rakan seperjuangan di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di Malaysia, kami jawatankuasa pelaksana Persatuan Alumni KMNS ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester dengan jayanya. Semoga sahabat-sahabat dapat buat yang terbaik sepanjang peperiksaan nanti. 


Beberapa Pesanan Sebelum Anda Mengulangkaji Pelajaran. Disini saya ingin berkongsi beberapa sarana yang membolehkan anda mengulangkaji dengan berkesan:
  1. Mengerjakan sembahyang hajat dua rakaat sebelum mengulangkaji agar Allah memberikan pertolonganNya kepada anda.
  2. Membaca al-Quran sebelum memulakan ulangkaji, kerana ia akan menjauhkan syaitan daripada anda dan wajah anda akan dipenuhi dengan cahaya al-Quran.
  3. Mulakan dengan berdoa.
  4. Buatlah perancangan terlebih dahulu, seperti anda menentukan apakah subjek-subjek yang akan diulangkaji, tajuk-tajuk dan masa bagi setiap subjek dengan membuat jadual yang lengkap.
  5. Mulakan dengan subjek-subjek yang mudah terlebih dahulu, kemudian barulah berpindah kepada subjek-subjek yang sukar.
  6. Jangan tangguhlah kerja hari ini kepada esok hari. Anda hendaklah sentiasa mengulangkaji subjek yang anda pelajari pada hari yang sama.
  7. Peruntukkan waktu yang mencukupi untuk berehat. Tetapkan satu hari setiap minggu bagi anda berehat dan berhibur.
  8. Pilihkan tempat yang tenang dan jauh daripada sebarang gangguan serta ambil beratlah tentang masalah pencahayaan yang mencukupi, begitu juga dengan masalah kesihatan.
  9. Cuba sedaya upaya untuk mengosongkan fikiran anda daripada sebarang permasalahan atau kesibukan sebelum mengulangkaji pelajaran.
  10. Ambil beratlah tentang cara duduk yang betul iaitu belakang anda hendaklah lurus.
  11. Segeralah pergi menunaikan sembahyang sebaik sahaja anda mendengar azan, kerana Allah swt tidak akan memberkati pekerjaan yang melalaikan daripada sembahyang.
  12. Selangkan di antara satu subjek dengan subjek lain yang anda ulangkaji dengan satu kadar masa yang mencukupi untuk berehat.

Sekali lagi, saya ingin mengucapkan selamat menempuh peperiksaan akhir semester kepada rakan-rakan seperjuangan, terutamanya para alumni KMNS yang berada di IPTA seluruh Malaysia. Saya doakan saudara/i akan terus berjaya bukan sahaja di dalam peperiksaan akhir semester kali ini, malah berjaya dalam kehidupan seharian. Yang penting, jaga kesihatan diri!

Rehatkan diri anda sebentar dengan video ini:

"Jangan leher panjang jinjang tengok sebelah.." Really funny!


0 comments:

Post a Comment