We Are #AlumniKMNS

Selamat datang ke laman web rasmi Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan!

Thursday, December 17, 2009

Sekitar Majlis Perkahwinan Nabil-Ainul...KMNS 05/06

Salam buat semua warga Alumni KMNS. Baru-baru ni, salah seorang daripada warga KMNS iaitu Ahmad NAbil Md Nasir telahpun selamat diijabkabulkan dengan pasangan pilihan beliau iaitu Ainul Basirah Mohamad Sani. Majlisnya pula telah diadakan di Kg Malaysia Tambahan, Sg Besi. Rangkuman gambar-gambar yang diambil oleh jurugambar tak bertauliah menghiasi entry kali ini...Senyuman mempelai buat warga KMNS Renungan kebahagiaanMakan time.. Suasana Majlis...Ketibaan...

Tuesday, November 17, 2009

Galeri Alumni

Assalamu'alaikum w.b.t. dan Selamat Sejahtera.Album gambar 'Galeri Alumni' kini telah siap melalui fasa pertama. Galeri Alumni ini boleh diakses di http://alumnikmns.fotopages.com atau klik pautan 'Gallery' di blog alumni.Isi kandungan akan dikemaskini dan ditambah dari semasa ke semasa. Harap dengan wujudnya galeri ini dapat mengimbau kenangan lalu di KMNS. Sekian....

Monday, November 16, 2009

Pembaharuan

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kpd semua pembaca..Seperti yang anda dapat lihat, blog ini dalam proses dikemaskini.. Antara pembaharuan yang ketara ialah dari segi layout blog ini sendiri, dan juga widget² yang akan ditambah di masa hadapan mengikut keperluan.Respons dari semua pembaca adalah diharapkan agar kami dapat memantapkan lagi blog ini demi kemudahan semua pihak. Sila kemukakan pandangan/respons anda di ruangan komen entry ini, atau contact terus kpd admin di shoutbox beserta alamat emel/blog anda, supaya mudah untuk kami membalas...

Thursday, November 5, 2009

Ingin Melibatkan Diri...?

Salam kepada semua. Persatuan Alumni KMNS (ALUMNI KMNS) sedang merancang untuk mengadakan program Forum Bicara Alumni Ikon dan Hari Bersama Alumni. InsyaAllah sekitar awal bulan Februari 2010. Diharap Alumni bermula dari sesi 2000 yang berminat untuk terlibat sama dalam program dapat memberikan maklumbalas. Keutamaan diberikan kepada mereka yang telah berkerjaya.Berikan profil:Nama, alamat, no. telefon, no. KP, sesi di KMNS, butiran pekerjaan, latar belakang pendidikan(Ijazah Sarjana atau Sarjana Muda).EMELKAN BUTIRAN BERKENAAN KE:alumnikmns@yahoo.com...

Tuesday, October 20, 2009

Derma kilat.

Salam.Pada 18 September 2009 yang lalu, salah seorang ahli Alumni KMNS iaitu Noor Aini Binti Yaser (PST 08/09) telah terlibat dalam kemalangan jalan raya. Kemalangan tersebut berlaku di Segamat. Dan kecederaan yang dialami agak teruk iaitu patah peha dan patah tangan. Pengajiannya di UMT pada semester ini terpaksa ditangguhkan kesan daripada kemalangan tersebut. Berikutan dengan itu, pihak alumni KMNS telah melancarkan derma kilat bagi mengurangkan beban yang dialaminya. Sudi-sudikanlah diri untuk membantu sahabat kita ini. Saudara/i boleh...

Monday, September 14, 2009

KEM UPAYA DIRI 1 2009-2010

salam.. KEM UPAYA DIRI 1 2009-2010Kem Upaya Diri kali I untuk sesi 2009-2010 telah diadakan bermula 11 September 2009 dan berakhir pada 13 September 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Jempol.Kem ini diadakan untuk membantu lebih kurang 100 orang pelajar terpilih dari Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan, Kuala Pilah.Antara aktiviti yang dijalankan ialah aktiviti ice-breaking, LDK dan pembentangan.Pihak Alumni KMNS sangat berbesar hati kerana telah...

Wednesday, August 12, 2009

Salam Takziah

Salam. Walaupun agak terlewat namun rasanya belum terlambat.Ayahanda tercinta kepada Ahmad Nabil bin Md Nasir (KMNS sesi 2004/2005, UTM) telah kembali ke rahmatullah pada pagi Ahad 26 Julai 2009.Bersama-sama kita semua menghadiahkan Al-Fatihah untuk roh arwah dan mendoakan arwah tergolong dalam golongan orang yang sejahtera di sana.Semoga sahabat kita tabah menghadapi dugaan ini.Al-Fati...

Thursday, July 9, 2009

Kem Kepimpinan JPP & Ketua-ketua Blok KMNS 09/10

Pada 27 dan 28 Jun 2009, satu Kem Kepimpinan JPP & Ketua-ketua Blok KMNS 09/10 telah diadakan di Padang KMNS anjuran HEP dengan kerjasama Unit Kaunseling. Kem ini bermula pada jam 2.00 petang 27 Jun 2009 hingga 2.00 petang 28 Jun 2009. Seramai hampir 50 orang pelajar telah menyertai kem ini. Sempena kem ini, 5 orang wakil Alumni KMNS, yang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 1 orang perempuan telah turut serta sebagai fasilitator untuk membantu perjalanan kem ini.Tentatif Program:27 Jun 20092.00 petang - Sesi Ice-Breaking4.30 petang - Minum...

Saturday, June 13, 2009

MPPB PDT 09/11

Assalamualaikum wbt.Biro Informasi dan Maklumat PAKMNS ingin meuar-uarkan kepada semua bahawa minggu ini, bermula 15-19 Jun 2009, Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan bersama-sama dengan Kolej yang lain akan menganjurkan Minggu Pengurusan Pelajar Baru Program Dua Tahun (PDT) bagi sesi 2009/2011.Dari data semasa, jumlah surat tawaran yang dihantar kepada calon ialah lebih kurang 700, namun jumlah pelajar yang dijangkakan akan hadir mendaftar di Kolej...

Tuesday, June 9, 2009

Reunion 2009

Assalamualaikum w.b.tBuat julung-julung kalinya, Persatuan Alumni KMNS (PAKMNS) melalui Biro Informasi serta Biro Arkib dan Dokumentasi menganjurkan Reunion yg bertempat di Mid Valley Mega Mall pada 30hb Mei 2009 yang lepas..Saudara Khairuddin (Biro Informasi) serta saudara Taufiq Azzain (Biro Arkib dan Dokumentasi) telah bertindak sebagai penganjur utama program ini.Tujuan program ini diadakan ialah merapatkan kembali sillaturahim yg sudah lama...

Sunday, May 17, 2009

Welcome to PAKMNS!

CONGRATULATION! Tahniah!  Persatuan Alumni Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telahpun didaftarkan secara rasmi di ROS Negeri Sembilan pada tahun 2008. Sejarah penubuhan bermula daripada Jawatankuasa Penaja Alumni KMNS yang ditubuhkan pada tahun 2007. Alumni KMNS bergerak secara sendiri di atas dana yang dikumpulkan sendiri.  Mengumpul semua bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan dengan tujuan untuk menjalinkan hubungan baik dan erat antara satu sama lain. Menyatukan pelajar dan bekas pelajar melalui kegiatan-kegiatan...