Wednesday, July 11, 2012

MPPB 12/13 Episod 3

Untuk episod kali ini, kami akan menceritakan perjalanan MPPB pada hari kedua, selasa dan hari ketiga, rabu.

SELASA, 29 MEI 2012.
Perjalanan pada hari ini dimulakan dengan interaksi 2 yang mengandungi beberapa taklimat mengenai KMNS yang disampaikan oleh kakitangan tertentu. Kemudian program diteruskan lagi dengan LDK 1, Suai Kenal Bersama Mentor yang melibatkan pensyarah dan pelajar di tempat-tempat yang telah ditetapkan.

Antara sesi taklimat yang dijalankan.

Kali pertama bersua dengan mentor, ceria wajah masing-masing.

Bersama dengan lecturer biologi kita, En. Dzul.


Pada sebelah petangnya pula, LDK 2 dijalankan yang masih lagi melibatkan pelajar-pelajar ini bersama mentor masing-masing.


Semak dik jangan tak semak, kang hilang 1 susah pulak nanti.

Bersungguh-sungguh En. Syamsul  mentor saya dulu! menyemak borang menti-mentinya.

Selepas solat asar, aktiviti riadah menyambung perjalanan program pada hari selasa ini. pelajar-pelajar ini melakukan latihan nyanyian lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu kolej. Latihan ini bukan sahaja diadakan bagi persediaan untuk majlis ucaptama pengarah pada besok hari, malah ia dilakukan untuk melatih adik-adik baru kita ini menghafal dan mengingati  lagu ini sepanjang mereka bergelar pelajar di KMNS dan berharap mereka akan sentiasa mengingati lagu ini walaupun mereka sudah tamat belajar di KMNS nanti. (-:

 ***********************************************************************************************************************************************************
Slot Forum Bersama Alumni (interaksi 3) menjadi penutup program untuk hari selasa ini. Slot ini dijalankan di 2 tempat yang berbeza iaitu di Dataran Perpatih dan di Dewan Minangkabau (DSG). Ahli alumni yang bertanggungjawab menjadi panel di Dataran Perpatih ialah Pn. Haryanti Ma, En.Ariff, En. Luqman dan En. Ghazali. manakala, ahli alumni yang menjadi panel di Dewan Minangkabau (DSG) pula ialah En. Syazwanul Badri, En. Afiq, En. Zaini dan En. Khairul Anuar. Mereka ini adalah bekas pelajar Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan yang kini sudah bekerjaya, ada yang sudah mendirikan rumah tangga serta mempunyai cahaya mata dan ada juga masih menuntut di Universiti. Forum ini bertujuan untuk memberi bimbingan,nasihat,motivasi dan tunjuk ajar kepada pelajar-pelajar baru ini untuk menghadapi kehidupan sepanjang berada di matrikulasi ini dan seterusnya di Universiti kelak akhirnya di alam pekerjaan dengan berkongsi pelbagai pengalaman menarik  sepanjang ahli-ahli panel ini bergelar pelajar kolej matrikulasi sehingga ke saat ini, iaitu kejayaan mereka dalam bidang masing-masing.

Barisan Panel ALUMNI di DSG. Perkenalkan dari kiri yang memegang mike ala-ala  beyonce  tu Abang  Nuar,  sebelahnya yang manis senyumannya berbaju kuning tu Abang Bad, yang berbaju merah tersenyum mesra ala-ala model iklan ubat gigi tu Abang Afiq dan hujung sekali yang segak bergaya memakai baju pilot tu Abang Zaini.


Antara ALUMNI yang hadir untuk turut memberikan sokongan.
Cuba tengok akak yang bertudung pink tu, macam kenal je kan?
Eksiteddnya dia duduk kat situ hihi.

Barisan Panel ALUMNI yang berada di Dataran Perpatih pula.
Dari kiri : Abang Luqman, Abang Arep, Kak Yan dan Abang Gentz.


Bersemangat abang Gentz aka abang Pharmacist kita ini menceritakan pengalaman beliau.
Moga-moga dapat capai apa yang abang capai bila sudah habis belajar dalam bidang Farmasi ini *opps nanti.
Terima Kasih atas nasihat dan pengalaman yang diberikan!

Adik-adik ! Jangan tidur ! Mata pandang depan ! Bukan pandang kamera hehe.


Khusyuk adik-adik perempuan kita ini mendengar amanat senior-senior mereka. Thumbs Up !


Hadiah punya pasal, berlumba-lumba adik kita ini nak jawab soalan Kak Yan kan kih3.


Alhamdulillah, lega, semua sudah selesai (bak kata abang-abang  kacak ni *kacak ke? haha.)
Terimalah cenderahati yang tak seberapa daripada kami, Persatuan Alumni KMNS :)

RABU, 30 MEI 2012.
Hari rabu dimulakan dengan majlis ucaptama pengarah dan watikah perlantikan mentor. Kemudian, selepas minum pagi, program disambung dengan interaksi 4, taklimat seperti sebelum ini.




Majlis pertama yang melibatkan  Pengarah KMNS secara rasminya Tn. Hj. Darman,.
- Majlis Ucaptama Pengarah -

Tn. Hj. menyampaikan amanat beliau kepada
pelajar-pelajar barunya yang dikasihi.

Begitu khusyuk adik-adik ini mendengar amanat yang disampaikan.

Inilah dia barisan MT fasilitator kali ni.
Dari kiri : nadiah, hanani, hanis dan err yang hujung sekali ini bukan fasi ye, harap maklum.
Itu lecturer Matematik  kita aka pemain drum yang handal, cikgu Helmi.

Setelah berhempas pulas *macam kena dera je bunyi berlatih  menyanyikan lagu kebesaran Negeri Sembilan dan lagu KMNS semalam, adik-adik ini menyanyikan lagu-lagu itu dengan penuh semangat sewaktu penutup Majlis Ucaptama Pengarah ini.


Tak lekang kertas lirik lagu di tangan masing-masing kan hihi.

En. Shatri sedang menyampaikan taklimat tentang JPP.

Pada sebelah petangnya pula, pelajar-pelajar ini menghadapi saringan persembahan pelajar mengikut kumpulan LDK masing-masing yang diadakan di bilik tutoran. Saringan ini dilakukan bagi mencari persembahan kumpulan LDK yang terbaik untuk dipersembahkan pada majlis penutup MPPB 12/13 pada jumaat malam nanti. bermacam-macam lakonan yang mereka persembahkan. Lucu pula bila teringat balik telatah mereka ^_^


Persembahan ape pula ni? sekali pandang macam nak nyanyi lagu nasyid je. 

Ohh koir rupanya hihihi.
-Saringan Persembahan Pelajar sedang giat dijalankan-


Untuk aktiviti riadah pada hari rabu ini pula, pelajar-pelajar ini mengikut kluster masing-masing : A,B dan C melakukan latihan sorak sempena pertandingan perang sorak ataupun dikenali sebagai Cheers War yang akan diadakan pada hari khamis nanti. Jom kita tengok gelagat adik-adik ini menjerit! (=




Latihan cheers war pun bermula! mari kita lihat telatah pelajar-pelajar baru ini hihi. 


 Bersemangat sungguh nak menang mereka ni. =)



Kasihan dengan kluster A dapat praktis sekejap je.
*takpe dik tahun depan ada peluang lagi nak menang.
 
-Kluster Jauhari-


Maaflah kena sengetkan kepala sikit tengok video ini, 
jurukamera lupa pulak nak rotate phone haritu haha.
-Kluster Bestari-



Seperti tahun-tahun sebelumnya, kluster C paling bersemangat sekali 
tiada niat untuk bias ini kenyataan.
-kluster Cendekia-


Interaksi 5 iaitu Sejenak Bersama Felo telah menjadi penutup tirai program pada hari rabu ini. Mereka dibahagikan di tempat-tempat yang berlainan mengikut kluster masing-masing. Kluster A di dataran perpatih, Kluster B di surau al-Muttaqin dan Kluster C di DSG. Felo masing-masing menereangkan tentang peraturan-peraturan yang perlu mereka patuhi sepanjang mereka menginap di kolej kediaman masing-masing dan juga sepanjang bergelar warga KMNS ini.


sekian untuk entry kali ini. bersambung pula untuk episod seterusnya, episod 4. (-:

#credits to : Lensa dari Kamera Fasilitator Unit Arkib KMNS (En. Rizal, En. Amir, En. Syed) dan Pink Xperia. ^^


           "sometimes you will never know the true value of A MOMENT until it becomes A MEMORY"


0 comments:

Post a Comment