Wednesday, July 11, 2012

COUNTDOWN! Kem Bina Insan Siri 1/2012

Pencarian fasilitator untuk kem motivasi kecemerlangan UPSR yang julung kalinya dianjurkan oleh Persatuan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan telahpun berakhir. Seramai 22 orang yang dipilih dikalangan ahli alumni sendiri akan menghadirkan diri sebagai fasilitator Kem Bina Insan UPSR di SK Tenggaroh 6, Mersing, Johor bermula pada 13-15 Julai 2012. Doakan kelancaran program hingga ke penghujungnya.

Kepada ahli-ahli alumni/bekas pelajar KMNS yang tidak terpilih atau tidak berkesempatan menyertai program anjuran PAKMNS kali ini, kami sangat menghargai respon positif daripada anda. Insya-Allah kita berjumpa di program yang akan datang.


"Enjoy the little things, for one day you may look back and realize they were the big things."
Author: Robert Brault


0 comments:

Post a Comment