Tuesday, July 24, 2012

Kem Bina Insan, Mersing [Ep.4]

Pagi Sabtu itu, seusai solat subuh berjemaah dan senaman pagi yang dihandle oleh Abang Long kita, Abang Bad bermulalah Latihan Dalam Kumpulan (LDK) seperti yang dirancang. Saya sentuh disini untuk LDK besar, "Bandar Impian". Melalui LDK seperti ini, peserta dapat berkongsi idea, pengalaman dan kemahiran di dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diarahkan. Selain itu, mereka dapat memperlihatkan bakat kepimpinan di dalam merancang dan melaksanakan sesuatu tugas sehingga selesai. Memang meriah dan menyeronokkan.

Berkumpul di dataran perhimpunan untuk senam pagi.
Ini bukan TATU. Transfomasi labah-labah gergasi mungkin.
Peserta juga didedahkan dengan "presentation" hasil kerja kumpulan.
Chachacha .. Mengisi slot senam pagi KBI.
Penjaga masa. Pecah gegendang telinga di 'heller'kannya.
Bina menara tertinggi: Bangunan bertongkat diumumkan sebagai pemenang.
Bandar Impian. Memang kreatif adik-adik kita. 
Kem Komander II turut turun padang bersama para peserta KBI.
*drama je tu ..
Kemeriahan dan keseronokkan KBI berterusan ke aktiviti sukaneka, yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana slot sukaneka pada petang Sabtu kami. Banyak hadiah menarik ditawarkan. Bukan sahaja para peserta kita saja dapat bermain untuk menang hadiah, fasilitator pun tidak ketinggalan memberikan saingan sengit dalam sukaneka kategori orang tua dewasa. Banyak jugalah hamper kami bolot mengalahkan team orang kampung dan team UTM sendiri, termasuk Naib Johan terompah gergasi (dengar cerita ex-KMNS juga yang bikin terompah ni), Johan (L) dan Naib Johan (P) galah panjang dan baling batu selipar. Semangat tak semangat? Hebat tak hebat? Cekidot gegambar dibawah.

Baling belon 'Sehati Sejiwa'.
Tak cukup sehati sejiwa Kak Mia dan Kak Faa kita sambut belon. Kalah!
Walaupun lambat berlepas di garisan permulaan ..
Team galah panjang PAKMNS tidak menghampakan.
Jaguh galah panjang kita, Abang Fifi.
"Kalau boleh saya mahu sampai ke SUKMA," katanya dengan bersemangat.
Kemain gigih lagi main Langkah Terapung, lepas tu cramp. Apapuntakboleh!
Team pom-pom girls kita. Suara mereka semangat kami, gittew .
Malam Sabtu kami pula diserikan lagi dengan Malam Sinar Gemilang (persembahan pelajar). Ada sketsa dan juga nyanyian. Perasaan seperti tonton teater kanak-kanak pun ada. Hehe .. Pelbagai telatah dan kerenah melucukan sepanjang majlis berlangsung, dari peserta sendiri dan fasilitator kumpulan merangkap "jurulatih" kepada kumpulan tersebut. Berpeluh jugalah kakak dan abang fesi di tepi pentas tatkala adik-adik kumpulan mereka sedang melakukan persembahan. 

Untuk sketsa yang bertemakan murid yang bakal menghadapi UPSR, ada yang bagus dan begitu menghayati watak yang dibawa. Ada juga yang sampai tidak terluah dialognya, tidak ketinggalan yang ingat-ingat lupa dialog sehingga kawannya terpaksa ingatkan. Tidak kurang juga dengan nyanyian. Para juri jemputan pun tak putus-putus tersenyum menyaksikan gelagat mereka dipentas.

Juri 'profesional' kita. Ada gaya juri Akademi Fantasia kan? Hee
Bukan saja peserta, fesi kumpulan pun berdebar menanti giliran persembahan.
Sketsa daripada kumpulan ANGSA! Ang.. Ang..
Kumpulan darah gemuruh.
Abang Kakak fesi pun turut naik ke pentas beri semangat.
Team fasilitator tidak ketinggalan membuat persembahan penutup.
*Pelakon utama over sangat uolss!
Dalam gembira dan suka tu pasti ada keperitan dan dukanya. Pada awal program lagi, setiap peserta diberikan sebiji telur setiap orang sebagai barang amanah untuk dijaga. Peserta yang gagal menjaga barang amanahnya, samada pecah atau hilang akan di'UPGRADE'kan barang amanahnya itu kepada tayar basikal (hari pertama), batu-bata (hari kedua) dan buah kelapa (hari ketiga). Gigih jugalah skuad runner kami mencari batu-bata dan mengait buah kelapa kerana stok yang diperuntukan tak mencukupi. Semakin hari semakin banyak pula telur yang pecah. Bau telur tak payah cakaplah. Dah lali.

Upacara penyerahan barang amanah.
Belajar cara hidup orang FELDA.
Dah pecah/hilangkan barang amanah, ini makan dia!
Ini 'barang amanah' untuk kami. Yeay!
Sebakul besar otak-otak Mersing sebagai penutup tirai Sabtu.
The Upcoming Entry: Air mata kegembiraan VS Air mata kesedihan. Nantikan episod terakhir entri KBI UPSR 2012.

2 comments:

  1. apa yg dpt sy katakan ialah 'ruginya sy tak join kem ni'...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/visit-to-taiping-taman-tasik-taiping.html

    ReplyDelete
  2. Sokay faizul. Insyallah banyak lagi program lain yang menanti utk geng alumni kita.

    Btw thx for ur support. keep in touch k :3

    ReplyDelete