Alhamdulillah, syukur ke hadrat Illahi dengan limpah rahmat dan keberkatan oleh-Nya, Kem Bina Insan 2012 edisi UPSR telah berjaya dilangsungkan dengan jayanya selama 3 hari 2 malam bermula pada 12-15 Julai 2012, bertempat di SK Tenggaroh 6, Mersing, Johor.
Kem Bina Insan (KBI) UPSR ini merupakan inisiatif bijak oleh pihak penganjur, PAKMNS dan sekolah yang bertujuan untuk memberikan satu pengisian bermakna dan bermanfaat terutamanya selepas menghadapi peperiksaan besar seperti UPSR. Peluang ini juga telah diambil untuk memberikan gambaran jelas dan pendedahan kepada para pelajar sekolah Tahun 6 yang mengikuti program tersebut berkenaan alam persekolahan di sekolah menengah.
Perjalanan 4 buah kereta daripada Kuala Lumpur dan 2 buah kereta lagi daripada Johor Bahru, membawa krew PAKMNS merangkap fasilitator-fasilitator KBI UPSR 2012 ke Mersing. Konvoi bermula seawal 8.00 pagi sehari sebelum program KBI berlangsung. Walaupun ada yang tersesat sampai ke bandar Mersing, Alhamdulillah semua selamat sampai dan berkumpul di SK Tenggaroh 6 pada pukul 2.00 petang. Di sana, kami disambut dengan senyuman oleh pihak sekolah dan dijamukan dengan makan tengah hari.
Walaupun kami berlainan batch dan latar belakang, perjalanan yang jauh (yang sesat bertambah lagi) tidak terasa tatkala dapat berkumpul berkongsi cerita sesama ahli. Seronok dapat bersua muka dengan kenalan baru. Ada juga rakan yang sudah lama tak berjumpa. Terasa macam reunion KMNS pun ada. Hehe ..
Pintu gerbang 'Selamat Datang' di Gugusan FELDA Tenggaroh, Mersing |
Dalam menjalankan khidmat masyarakat seperti ini, fasilitator-fasilitator PAKMNS meletakkan golongan sasaran bukan sahaja dengan KMNS malahan dengan organisasi luar. Pihak pengurusan tersangat berterima kasih kepada Majlis Permuafakatan Pelajar Tahun6 SKT6, SK Felda Tenggaroh 6, SK Felda Tenggaroh 4 dan SK Felda Tenggaroh 2 yang turut sama menjayakan program Kem Bina Insan UPSR 2012 ini.
Melalui kem ini juga, para pelajar diberi bimbingan tentang kepentingan sahsiah diri yang cemerlang, bekerjasama dalam kumpulan, dan banyak lagi.
Program ini telah dijalankan seawal 7.30 pagi (Jumaat) dan berakhir sekitar jam 12.30 tengahari (Ahad) yang turut dihadiri oleh mahasiswa-mahasiswi Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Skudai yang bertindak sebagai jawatankuasa pelaksana slot sukaneka pada petang Sabtu kami. Peserta-peserta KBI UPSR seramai 89 orang ini terdiri daripada para pelajar Tahun 6 SK Tenggaroh 2,SK Tenggaroh 4, dan SK Tenggaroh 6. Mereka merupakan anak-anak dan cucu-cucu peneroka asal gugusan FELDA Tenggaroh.
Kem Komander II selesai memasang banner program di sekolah. |
Diharapkan program yang mendapat maklum balas positif dari pelajar dan pihak sekolah ini akan diteruskan dan dijalankan juga di daerah-daerah lain di masa akan datang.
The Upcoming entry: Upacara pecah batu di Tanjung Leman? Ketahui pengalaman fasilitator-fasilitator KBI dalam entri seterusnya.
Barisan fasilitator-fasilitator Kem Bina Insan, Mersing |
Sudut Info:
Serba sedikit mengenai kewujudan FELDA Tenggaroh. Tidak diketahui sejarah sebenar asal perkataan ‘Tenggaroh’ tetapi mengikut kepercayaan kebanyakan orang-orang di sini, perkataan tersebut berasal daripada perkataan ‘tengah-tengah lo’ iaitu sebutan oleh orang-orang Cina yang datang ke sini dahulu untuk memberitahu tentang penempatan di gugusan ini. Hal ini disebabkan kedudukan gugusan yang berada betul-betul di tengah-tengah di antara Bandar Mersing dan Bandar Kota Tinggi. Lama-kelamaan perkataan itu bertukar menjadi ‘Tenggaroh’ hingga ke hari ini. [Sumber: http://telecentre.my/]
I didn't even know about those people, which is really weird because they awarded me the Alumni of Negeri Sembilan Matriculation College and it make me proud of myself. #Unknown
best nye... lain kali buat lah lg...
ReplyDeleteInsyallah. Apa-apa program mendatang kita akan war-warkan. Kita akan beri semua alumni peluang aktif bersama alumni :)
ReplyDeleteTerima kasih atas sokongan