Wednesday, July 25, 2012

Kem Bina Insan, Mersing [Ep.5]




Ahad, jam 10.30 pagi itu maka tamatlah program Kem Bina Insan UPSR 2012 bermula 13 sehingga 15 Julai 2012. Dalam majlis perasmian penutup tersebut, adanya acara penyampaian hadiah kepada para pemenang dan ucapan serta kata penghargaan daripada Tuan Pengetua SK Tenggaroh 6, Puan Pengarah Program KBI sendiri, dan beberapa lagi tetamu VIP jemputan kita. Sememangnya mereka melahirkan rasa gembira dan berpuas hati dengan program selama 3 hari 2 malam ini. Satu lagi kejayaan bagi PAKMNS.





Dalam suka ada duka. Dalam pertemuan ada perpisahan. Kemuncak majlis, para fasilitator bersama para peserta menyanyikan lagu tema program KBI tengahari tersebut, Kami Boleh dan Jalinan (UNIC). Pasti mereka akan merindukan saat-saat ini. Saat dimana kepahitan perah tenaga dan keringat mereka menjadi satu kemanisan ukhwah dan kenangan terindah.

Sijil penghargaan daripada Guru Besar SK Felda Tenggaroh 6
Sesi bersalaman dan bermaaf-bermaafan antara fesi dan para peserta
Oh mari kita jalinkan kasih sayang sesama insan

*****

That's how we do it!


APA KATA MEREKA?
**Klik pada gambar untuk tumbesaran yang sihat







Mereka dah merasa. Anda bila lagi? Alumni bukan kita dengan rakan praktikum kita. Alumni bukan kita dengan kenalan kuliah kita. Alumni menjalin kebersamaan kita, KMNSianz. Jumpa anda di program akan datang. Sekian, wassalam.


2 comments:

  1. ni yg jeles ni.... selama ni tahu bce je ape yg berlaku... akan dtg jika ada masa dan peluang nk jugak lah pegi...

    http://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/perkahwinan-termuda-16-tahun-14-tahun.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sokongan berterusan daripada anda amat kami alu-alukan.
      Terima kasih :)

      Delete