Hari pertama Kem Bina Insan UPSR 2012 bermula seawal 7.30 pagi. Ketibaan murid-murid daripada
SK Felda Tenggaroh 6, SK Felda Tenggaroh 2 dan SK Felda Tenggaroh 4 menaiki bas dari sekolah masing-masing. Murid-murid Tahun 6 kemudiaannya diminta untuk berkumpul di dataran sekolah bagi sesi pendaftaran. Ketika team fasilitator sibuk di bahagian pendaftaran, team runner pula ditugaskan untuk persiapan tempat tidur murid-murid tersebut di tapak perkhemahan yang telah disediakan.
|
Wajah-wajah serius di meja pendaftaran. |
|
Team fasilitator yang ceria dengan tag Ben10 mereka. |
Pagi itu, team runner agak berkerja keras sedikit. Impak hujan lebat beberapa hari ini dan semalam menyebabkan beberapa khemah rosak dan dibanjiri air. Apa lagi, dengan berbekalkan pakaian kanak-kanak yang entah dari mana dikutip, mereka bekerja untuk membersihkan khemah-khemah yang bakal digunakan oleh murid-murid tersebut untuk bermalam.
|
Kem Komander gigih membersihkan khemah. |
|
Team Hello Kitty runners yang awesome. |
Selesai di bahagian pendaftaran dan pengagihan kumpulan khemah dan LDK, bermulalah slot 'ice-breaking' untuk setiap kumpulan. Untuk aktiviti Latihan Dalam Kumpulan (LDK), bermacam ragam dan gaya dapat kita lihat murid-murid ini. Ada yang petah berkata-kata, ada yang malu tapi mahu, ada yang tak boleh bercakap terus sebab gugup, dan bermacam-macam lagi. Disinilah kemahiran dan kebolehan para fasilitator kami teruji, tetapi Alhamdulillah mereka melakukannya dengan cemerlang walaupun ada antara fasilitator ini tidak berpengalaman dalam program motivasi sebegini.
"KBI merupakan program pertama saya menjadi fasilitator. Walaupun masih baru, saya banyak belajar daripada kakak-kakak dan abang-abang yang berpengalaman turut sama dalam program ini. Mula-mula agak ragu juga nak join sebab tak pernah aktif dengan alumni tetapi keramahan dan kemesraan yang terjalin membuatkan saya rasa tak rugi, malah berbangga menjadi KMNSians. Memang menyeronokkan!" - Fasilitator KBI
Untuk aktiviti LDK pada malamnya, murid-murid berkumpul di dewan untuk slot "Berubah Sebelum Rebah" yang dikendalikan oleh
Noru Amran atau Kak Wani. Objektif slot ini dilakukan untuk memberi kesedaran kepada anak-anak ini tentang hala tujuaan dan harapan orang disekeliling mereka terhadap mereka. Suara Kak Wani yang begitu meruntun hati yang mendengar sememangnya begitu berkesan untuk objektif ini. Fasilitator-fasilitator juga ada yang mengalir air mata. Siapa? Haa.. tak dapat kita rakam untuk dijadikan bahan bukti. Hehe
The Upcoming Entry: Telur? Batu-bata? Kelapa? Apa perkaitannya dengan KBI? Tungguuuuu ..
peh!!! mmg syok lah program ni...
ReplyDeletehttp://mohdfaizulosman.blogspot.com/2012/07/nice-song-najwa-latif-adamu.html
terasa rugi kan xjoin?
ReplyDelete