Selepas sebulan dirancang, kembara para fasilitator PAKMNS untuk Kem Bina Insan (KBI) edisi UPSR mendukung misi dengan menjelajah beberapa daerah di negeri Johor ke Mersing bermula dari KL menggunakan jalan darat opkoz. Lalu laut lain cerita pulak jadinya.. hehe
|
Berhenti rehat dan membuang angin mengisi minyak di Kluang. |
Konvoi bermula seawal 8.00 pagi sehari sebelum program KBI berlangsung. Walaupun ada yang tersesat sampai ke bandar Mersing, Alhamdulillah semua selamat sampai dan berkumpul di SK Tenggaroh 6 pada pukul 2.00 petang. Di sana, kami disambut dengan senyuman oleh pihak sekolah dan dijamukan dengan makan tengah hari. Perut pun memang tengah menjerit-jerit kelaparan. Lazat. Merasa kami sambal belacan Johor. Memang super kaw pedasnya!
Sesudah mengisi perut, kami bergerak membawa barang-barang dibawa ke bilik penginapan fasilitator dan pusat gerakan disediakan. Petang itu, kami berkumpul semula di bilik mensyuarat untuk mendengar 'briefing' mengenai perjalanan program dan perkembangan tugas masing-masing daripada Kak Yan, merangkap ketua fasilitator.
|
AJK Malam Persembahan memberi penerangan aktiviti. |
Kemudiaannya kami bergerak ke Tanjung Leman. Yeay! Apa kami buat disana? Bukan untuk mandi-manda. Tak dapatlah sebab petang tu cuaca agak buruk. Dalam hujan sekejap-sekejap itu, kami mulakan program KBI dengan upacara pecah batu, "Ice-breaking" antara para fasilitator memandangkan antara kami-kami sendiri masih lagi belum mengenali antara satu sama lain. Sangat seronok. Dalam malu-malu dan segan-segan, masing-masing cuba untuk meng'sporting'kan diri. Inilah hebatnya alumni KMNS.
|
Malu-malu kucing. Macam ambil gambar kelas lagaknya .. |
|
*5minit kemudian, YEAH! Malu hilang -.-" |
Pada sebelah malamnya, kami berkumpul sekali lagi di bilik mesyuarat untuk penerangan mengenai aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan sepanjang program berlangsung dan persedian peralatan yang diperlukan. Apakah aktiviti-aktiviti tersebut? Nantikan entri-entri seterusnya.
|
Para fasilitator berlatih menyanyikan lagu tema kem. |
|
Runners at work. Hari pertama dah kena bertugas sampai lewat malam. |
|
Wajah ceria abang-kakak fesi kita di bilik mesyuarat. |
The Upcoming Entry: Hari pertama KBI UPSR 2012. Apa yang berlaku ye ...
0 comments:
Post a Comment