Wah! Tak sangka dah nak dekat sampai Final Episode dah huhu.
Sambungan dari episod sebelum ini, episod 4 pula menceritakan aktiviti-aktiviti
pelajar baru ini pada hari seterusnya iaitu pada hari Rabu dan hari Khamis.
KHAMIS, 31 MEI 2012.
Aktiviti pada hari Khamis ini bermula dengan LDK 4 yang
masih lagi melibatkan para pelajar dengan mentor masing2 untuk
pengurusan masa dan kewangan mereka sepanjang mereka menuntut di KMNS ini.
Kemudian, interaksi 6 seperti interaksi2 sebelum ini mengambil alih
slot seterusnya.
Program diteruskan lagi dengan LDK 5 bersama dengan mentor
mereka pada sebelah petang yang membincangkan bagaimana cara belajar secara
berkumpulan.
eh, macam boring je adik kita ni kan? hehe. |
Beberapa LDK yang berjaya melepasi saringan persembahan
pelajar sebelum ini diasingkan dan dibawa ke DK 8 untuk menghadapi saringan
yang terakhir sebelum juara LDK dipilih untuk mempersembahkan sketsa pada malam
majlis penutup nanti. Agak2nya siapa yang menang ya? Jeng3. Johan
persembahan pelajar telah jatuh kepada *drumroll~ LDK
90! Tahniah adik-adik atas persembahan korang yang sangat mantap dan
mencuit hati walaupun tak sampai seminggu
berada di KMNS. Tak lupa juga pada pemenang tempat kedua dan ketiga, LDK
5 dan LDK 39. Walaupun adik-adik tak dapat nak buat persembahan pada malam
majlis penutup nanti, namun adik-adik sudah menunjukkan usaha yang sangat bagus
untuk kelas adik sendiri. Jadi, tahniah diucapkan kepada semua yang bertanding
ya! =)
Sementara beberapa pelajar menghadapi saringan akhir untuk
pertandingan sketsa itu, pelajar-pelajar yang lain pula sedang bertarung di
Dataran Perpatih dalam pertandingan CHEERS WAR ! Sangat meriah masa tu. Rasa
macam bergegar je KMNS dengan suara-suara sorak adik-adik ini. Mereka
bersungguh-sungguh bersorak sekuat yang mungkin demi kemenangan kluster
masing-masing. Jadi siapa pemenangnya? Kluster mana yang menjuarai cheers war pada
sesi kali ini? *drumroll lagi sekali~ pemenangnya adalah KLUSTER BESTARI! Tahniah adik-adik lelaki kita ni.
Seronok sangat mereka, akhirnya menang juga dan dapat merampas gelaran juara
daripada kluster Cendekia. Takpe, yang tidak menang jangan risau ya, lain kali
kita buat lagi gempak oke! =)
tengok adik-adik puteri kita ini, bersemangat sungguh mereka bersorak! |
tapi apakan daya, adik-adik putera pula yang menang kali ni. tahniah semua! terima kasih kepada abang fasi senior ni yang bersunguh-sungguh bimbing dorang haha. |
Penutup program pada malam itu pula, adalah interaksi 7
iaitu FORUM MODAL INSAN. Forum ini dijalankan di 3 tempat yang berbeza juga
mengikut kluster masing-masing. Kluster A di dewan kuliah, kluster B di surau
al-Muttaqin dan kluster C pula di DSG.
terima kasih diucapkan pada ahli panel yang sudi hadir memberi input-input yang berharga pada pelajar-pelajar KMNS 12/13 ini. :) |
JUMAAT, 1 JUN 2012.
Akhirnya tibalah juga masa yang ditunggu2 oleh semua pelajar
KMNS sesi 12/13 ini iaitu hari terakhir orientasi. . .
Interaksi 8, iaitu mengenai taklimat2 yang disampaikan oleh
pegawai2 yang terlibat sama seperti sebelum ini menjadi pemula bagi aktiviti
pada hari Jumaat ini. Kemudian interaksi 9 yang turut sama pengisiannya seperti
interaksi 2,4,6 dan 8 menyambung perjalanan program pada hari terakhir
orientasi ini. =)
masing-masing sudah tidak sabar untuk habiskan sesi orientasi ini kan? hehe. |
Pada sebelah petangnya pula, raptai untuk majlis penutup
pada mala mini telah dilakukan supaya majlis pada malam ini akan berjalan
dengan lancar dan dapat disempurnakan dengan jayanya.
Latihan ikrar pelajar. |
JK arkib KMNS sedang membuat final check untuk majlis penutup malam nanti. |
#credits to : Lensa dari Kamera Fasilitator, Unit Arkib KMNS (En. Rizal, En. Amir, En. Syed) dan Pink Xperia. ^^
#Final episode :
Bermulalah episod air mata. . .
Everything in life is temporary. So, if things are going good, enjoy it because it won't last forever. And if things are going bad, don't worry bacause it can't last forever either.
0 comments:
Post a Comment